OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 10 January 2013

Sujud Dengan Tama'ninah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sekali lagi saya mohon kepada Tuan guru, para ulama, ustaz dan orang yang berlimu agar menegur jikalau ada salah dan silap dalam perkongsian ini. Marilah kita saling tegur menegur dan ingat mengingati dalam mempelajari ilmu ibadat ini. Sujud dalam solat adalah rukun solat yang ke-7.

Cara Nabi Muhammad s.a.w bersujud dalam solat adalah bertakbir untuk turun sujud dengan meletakkan lutut sebelum tangan. Diantara kedua-dua tangan letakkan dahi ke tempat sujud (jarakkan sedikit). Muka (dahi dan hidung) dirapatkan ke tempat sujud dan hujung jari tangan dan kaki dihadapkan ke arah kiblat, dan hendaklah kedua-dua siku diangkat, dan hendaklah kedua-dua tangan direnggangkan dari lambung sehingga kelihatan putih ketiak, dan hendaklah perut direnggangkan dari paha dan hendaklah kedua-dua paha direnggangkan dari betis.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Aku disuruh bersujud atas tujuh anggota: dahi, dan nabi s.a.w. mengisyaratkan juga hidungnya dan kedua-dua tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua telapak kaki.

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...