OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 24 February 2013

Ayat Pendek Buat Pembaca Pening

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ayat Pendek Buat Pembaca Pening

Bertemu kembali kita disini. Hehe. Malam ni aku nak buka topik penulisan dalam blog. Penulisan bahasa malaysia ada beberapa subtopik tetapi disini aku nak tekankan penggunaan bahasa pendek atau short form dalam blog. Dari mula-mula aku start buat blog hingga lah ke hari ini, aku dah jumpa banyak blog yang menggunakan ayat pendek. Bukan setakat satu dua ayat je, tetapi keseluruhan penulisan dia itu di dalam ayat pendek.

Apa itu ayat pendek?? Haa.. Contohnya macam ini. " Aku masih tggu cinta sejati dtg utk menghilangkan kesunyian dlm diri ini " atau " Aku cri prmpuan bukan utk dijadikan tmn wnita ttpi yg aku cari adlah sorg isteri." Bahasa yang selalu kita gunakan semasa bermesej itu laa.. Kan, kan? Hehe..

Aku sebenarnya kurang meminati ayat-ayat pendek sebab tak faham apa yang dia tulis itu. Kadang-kadang sampai kena mintak kawan tolong terjemahkan apa yang dia tulis. Maaf ya kepada yang terasa tetapi aku benar-benar tidak suka pendekkan perkataan.

Biasanya aku akan membaca tajuk setiap update terbaru blog di dashboard setiap hari dan jikalau tajuk itu menarik aku akan terus pergi ke blog tersebut. Banyak kali sesetengah blog menampilkan tajuk yang menarik tetapi aku baca hanya sekali imbas seperti membelek surat khabar. Kenapa? sebabnya kerana blog tersebut menggunakan ayat pendek.

Bayangkan entri blog tersebut dah la panjang lepas tu nak baca satu persatu dan cuba memahami. Bukan kah itu kerja yang menyusahkan? lebih baik aku baca blog orang lain. Jimat masa dan cepat faham apa penulis ingin sampaikan. Setuju tak?

Tapi... Dunia blogger ini sangat luas. Tujuan blogger menulis blog juga berlainan. Tak kisahlah macam mana gaya dan cara penulisan itu asalkan kita rasa puas hati dan gembira. Jikalau kita menulis untuk diri kita, jangan ambil kisah apa orang nak cakap. Tetapi kalau menulis untuk orang lain, cubalah buat yang terbaik..

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...