OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 17 February 2013

Habis Turun Pageview

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

jatuh menjunam

Apabila tak update blog selama sebulan, traffic blog memang jatuh merudum. Ini lah yang berlaku kepada blog infinity. Daripada 400 sehari jatuh kepada 100 orang dan yang paling sikit 16 orang sahaja yang datang ke blog ini sehari. Purata pageview dalam sebulan ini hanyalah 50 sehari. Terima kasih kepada mereka-mereka yang datang singgah walaupun tak ada benda yang menarik pun disini. ^_^

Aku ketinggalan banyak perkara dan info apa yang berlaku di sekeliling dalam masa sebulan. Nak harapkan television dan surat khabar sahaja memang ketinggalanlah dengan isu-isu panas yang berlaku sebelum ini. Musim sekarang ni pulak musim pilihan raya. Jadi dalam television tak habis-habis dengan kempen kerajaan. Ada pula sesetengah isu yang tak pernah disiarkan dalam television mahupun surat khabar. Tetapi disiarkan di dalam dunia maya ini.

Sebab itu lah aku rasa dunia blogger ini penuh dengan ilmu yang berguna jika kita pandai menggunakannya. "With great power come great responsibility" . Hehe.. pinjam ayat pak cik spideman sekejap. Dunia internet ini sangat berkuasa kerana segala-galanya berada di hujung jari kita. Jika kita gunakan kuasa internet ini dengan baik, maka baiklah jadinya. Jikal salah, macam-macam perkara yang mengerikan boleh berlaku. Jadi gunalah kuasa yang ada ini dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...