OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 17 February 2013

Hero Kampung Kembali LAGI!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

dah kembali semula

Kekok rasanya nak menulis untuk post ini setelah sekian lamanya bercuti dari sebarang aktiviti blog ataupun facebook. So, apa khabar semua?? kawan-kawan semua masih sihat atau ada yang deman dengan cuaca hujan sekarang ini. Harap-harap semuanya sihat-sihat belaka lah.

Kalau nak tahu, kesihatan ini adalah salah satu nikmat yang sangat besar. Kita sering lupa untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang kita dapat sekarang ini. Apabila datang penyakit atau kecederaan pada tubuh badan kita baru kita sibuk nak mengingati tuhan. Masa sihat kita lalai tetapi apabila masa datang sakit baru kita tergapai-gapai memohon kesembuhan dari Allah s.w.t.

Jom kawan-kawan, kita semua ubah sikap kita ini dan menggantikan dengan sentiasa menyebut "Allhamdulilah" mensyukuri segala nikmat dan pemberian Allah s.w.t. Tidak kira lah sama ada waktu kita senang, sihat, sakit mahupun susah, sentiasalah kita menyebut Allhamdulilah dengan segala nikmat yang ada di depan kita. Kita menghirup nafas pun sudah menjadi satu nikmat buat kita semua. Bayangkan tiba-tiba nikmat ini ditarik buat sementara waktu atau buat selama-lamanya. Apa yang berlaku kepada kita?

Itu muqaddimah untuk kedatangan aku kali ini. Selepas ini aku nak buat lawatan ziarah pula. Nantikan kedatangan aku ke blog korang semua. Nak lepas rindu yang terpendam selama sebulan ini. hehe

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...