OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 23 February 2013

Jangan Berhenti Setengah Jalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

naruto wallpaper, never give up, strong heart

Aku ni macam budak-budak je asyik gunakan gambar anime untuk sampaikan sesuatu. Padahal kat dunia luar ni orang sering gelar aku pak cik sebab aku ada misai dan janggut. Kalau tengok muka aku masa tu macam dah berumur antara 30 hingga 40 an. Ketaranya peningkatan usia itu sampai rakan-rakan aku kata aku ni dah ada cucu 8 orang. Isteri pulak empat. Kalau berlaku adil dapatkan angka itu. Hahaha.. Orang perempuan jangan marah ea.

Apa yang aku cuba sampaikan malam ini adalah suatu ayat yang biasa didengar dalam siri anime Naruto, Bleach, Onepiece dan banyak lagi lah. Ayat ini sangat bagus jika diikuti oleh kanak-kanak, remaja, orang dewasa malahan orang tua sekalipun. Ayat ini adalah " Never Give Up ". Atau dalam bahasa malaysia " Jangan Berputus Asa ".

Aku sebenarnya buntu idea buat masa ini. Selepas bercuti selama sebulan, aku dah tak ada idea nak tulis apa dalam blog ini. Jadi aku join segmen itu dan join segmen ini untuk terus update blog. Tetapi kalau asyik join segmen terasa tak ada makna buat blog ini. Aku buat blog ini atas dasar perkongsian ilmu dan luahan hati. Jadi takkan nak biarkan segmen je memenuhi ruangan blog Infinity.

Kebuntuan aku berterusan sehinggalah petang tadi apabila aku bercakap dengan anak sepupu aku. Dari situ aku dapat sesuatu iaitu walaupun susah, walaupun kita rasa berputus asa dengan apa yang kita lakukan. Jangan sesekali berhenti dari buat perkara itu. Walaupun orang kata " ko ni tak ada benda lain ke nak cerita ", teruskan dengan apa yang kita buat itu. Sebab apabila kita tinggalkan perkara itu susah untuk kita kembali kepadanya.

Macam aku sekarang ni laa.. Sekali aku tinggal menulis blog. Idea itu terus hilang. Perasaan atau feeling seperti dulu itu semakin berkurangan. Bukan hilang semuanya tetapi kurang je rasa nak update blog setiap hari. Itulah susahnya apabila kita tinggalkan sesuatu yang hari-hari kita buat. Itu belum masuk bab ponteng sembahyang lagi. Kalau hari-hari ponteng, nak sembahyang pun rasa malas..*ingatan untuk diri sendiri

Jadi apa kaitannya dengan jangan berputus asa?? Kaitannya adalah kita teruskan apa yang kita lakukan itu walaupun ianya tidak sehebat dulu. Buatlah perlahan-lahan atau selangkah demi selangkah. Biarlah kita jatuh seketika asalkan tidak jatuh selama-lamanya..^_^. So, never give up!!

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...