OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 18 February 2013

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Fuhh.. lepas jugak hari first sem 6 ini. Jadual sem ini agak fat dengan kelas setiap hari bermula pada pukul 8 pagi. Haiss.. Memang susah lah nak berubah untuk sem ini.. hehe.. ( ayat  kawan aku ). Bagi sesiapa yang faham ayat di atas itu, faham lah. Kalau tak faham jugak.. Renung dalam-dalam maksud kelas pukul 8 pagi itu. Budak-budak U atau kolej mesti faham maksud aku ini.. Kan, kan?? hehe

Nampak tak gambar yang agak comel di atas itu?? Itu adalah banner untuk Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes. Kak Innanie buat segmen ini disebabkan masalah yang melanda kita semua iaitu masalah news feed tidak keluar kat dashboard. Nak buat blogwalking pun agak menyusahkan. Jadi kak Innnanie nak buat page bloglist untuk memudahkan dia buat blogwalking dan juga bersempena untuk meraikan jumlah follower dia yang meningkat kepada 3 ribu orang. Tahniah kak Innanie. ^_^

Aku tahu dah agak lambat untuk mengajak kawan-kawan sertai segmen sebab dah ramai yang join ini tetapi aku nak ajak jugak tak kira lelaki mahupun perempuan yang membaca entri ini untuk join segmen blog kesayangan ini. Caranya juga amat mudah. Anda hanya perlu lakukan perkara tersebut..

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

Mudah je kan?? hehe. Jadi jom la join segmen ini sebab tarikh tutupnya pada 22 Februari 2013.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...