OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 28 February 2013

Universiti Teknikal Dipandang Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Universiti Teknikal

Sepertimana yang korang semua tahu, aku sekarang sedang belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sudah 3 tahun aku belajar disini tetapi, baru sem ini aku tahu kenapa wujudnya nama teknikal itu. Dalam salah satu subject yang aku ambil sem ini ada seorang lecture yang benar-benar rajin dan ikhlas mengajar kami hingga membuat kelas praktikal yang tiada pun dalam jadual kelas.

Batch aku adalah batch pertama belajar dengan silibus yang baru. Kalau sebelum ini pengiraan markah adalah 40 final dan 60 coursework tetapi sekarang dah bertukar kepada 50/50. Bab pengiraan markah memang tak boleh buat apa sebab itu syarat untuk ijazah bagi pelajar UTeM diiktiraf. Cuma sekarang ni sayang sebab praktikal itu sudah dikurangkan.

Lecture kata dulu setiap subject ada lab atau praktikal. Kiranya lepas belajar ada lab la. Sekarang lab itu hanya satu kali seminggu. Semasa buat praktikal hari itu, aku ada baca lab sheet untuk pembelajaran tersebut. Dan... Dari apa yang aku nampak, cara dulu memang sangat best.

Praktical yang aku buat sebelum ini adalah berkenaan dengan generator dan motor. Dalam lab sheet itu semuanya lengkap. First, pelajar kena kenal pasti setiap bahagian motor yang ada. Lepas dah kenal tu kami buat litar untuk menggerakkan motor tersebut. Setiap bacaan dan setiap apa yang berlaku pada motor itu seperti berputar dengan laju, perlahan dan mengeluarkan bunyi sampai ada diantara kami tak berani duduk dekat.. Semuanya kami perhatikan. Kiranya teori yang kami belajar dalam kelas semuanya terpakai dalam praktikal ini. Jadi kami tahu sama ada jika kurangkan voltage apa yang akan terjadi. Begitu juga sebaliknya.

Itu adalah pengalaman aku semasa membuat praktikal yang boleh dikatakan sangat membantu pelajar untuk memahami teori. Jika belajar teori sahaja bukannya faham sangat pun. Duduk dalam kelas, dengar, pastu tidur. Dengan praktikal macam ni boleh nampak juga dimana aplikasi teori tersebut. Tak la mengantuk.

Satu lagi, belajar praktikal memudahkan kita untuk bekerja sebab nanti apabila masuk alam perkerjaan kita kena berurusan dengan mesin yang sebenar. Jika kita sudah tahu apa perangai mesin masa belajar ni nanti tak adalah bos nak marah-marah. Bos kata " Apa yang universiti ko ajar sampai motor baru start berpusing ko dah lari jauh??".  Haaa.. macam tu.

Jadi korang semua setuju tak yang praktikal itu sama pentinganya dengan teori ????? ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...