OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 5 March 2013

Baucer Buku 1 Malaysia 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baucer Buku 1 Malaysia 2013

Hari ni selesai juga hal Baucer Buku Satu Malaysia. Aku kurang berpuas hati dengan cara pengurusan pengagihan baucer buku ini di pusat pelajar yang nampaknya menyusahkan ramai pelajar. Dipusat pelajar tu dah la ruang sempit ditambah lagi dengan pelajar-pelajar yang berhimpit macam ikan dalam sardin dah.

Kenapa la tak buat bagi sahaja baucer itu di fakulti seperti sebelum ini. Senang.. Tak ada la nak bersesak-sesak macam itu. Pelajar puas hati, pegawai juga senang hati. Ada ramai lagi pelajar yang tak dapat ambil baucer itu disebabkan kelemahan pihak pengurusan. Harapnya lepas ini pihak pengurusan dapat buat sesuatu berkenaan hal ini.

Apa pun, aku dah dapat baucer buku dan baru sahaja berbelanja dengan membeli kertas dan segala kelengkapan alat tulis yang diperlukan. Bagi aku Baucer Buku ini sesuatu yang bagus dan berguna kepada para pelajar sebab rata-rata pelajar tak ada duit yang mencukupi untuk membeli buku rujukan. Buku rujukan untuk setiap subjek bukannya murah. Harapkan duit ptptn.. Jawabnya makan daun la di penghujung sem. Jadi bagi aku, baucer ini amat bagus. Aku sokong kerajaan teruskan pemberian ini.

Apabila aku kata macam tu, jangan kaitkan pula dengan politik. Tahu la sekarang ni bila-bila masa sahaja parlimen akan dibubarkan tetapi apa yang aku katakan ini adalah sebagai seorang pelajar. Setiap pelajar yang ambil bantuan ini tahu apa kepentingan baucer ini kepada dirinya..

Terima kasih. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...