OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 14 March 2013

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Malam ini aku nak ceritakan Minuman Coconut Shake yang terbaik di melaka. Orang dah lama rasa kesedapan minuman ini tapi 2 hari lepas baru aku dapat rasai kesedapan dan kelazatan coconut shake yang menjadi sebutan kawan-kawan aku. Ketinggalan betul aku..

Minuman Coconut Shake ini berada di kawasan Batu Berendam, Melaka. Yang special tentang coconut shake ini adalah rasanya yang penuh berkrim dan rasa isi kelapa halus yang boleh dikunyah dengan heemmm, heemmmmm.. Tak boleh nak gambarkan rasa itu. Memang terbaik. ^_^.

Pelanggan yang membeli minuman coconut shake ini memang sangat ramai sehingga terpaksa menunggu untuk mendapat tempat di meja makan. Itu belum campur orang yang beratur panjang membeli coconut shake ini untuk dibawa pulang ke rumah. Ini membuktikan coconut shake di Batu Berendam ini sangat sedap dan mendapat permintaan ramai.

Yang paling, paling special disini adalah korang semua boleh menambah air kelapa muda secara percuma. Tak caya?? lihat ni.

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Coconut Shake Terbaik Di Melaka

Lihat lah stok kelapa di kedai ini.. Bertimbun-timbun.. Aku tak sempat ambil gambar dari depan sebab ramai yang sedang beratur masa ini. Jadi aku pinjam gambar dari blog paklangpaklong yang ada tampilkan sekali dengan harganya.




Apabila sudah berada di batu berendam, bolehlah datang ke sini dan menikmati mimuman coconut shake yang cukup-cukup menyelerakan. Pasti tidak mengecewakan.

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...