OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 9 March 2013

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Ini adalah satu contest yang sangat menarik. Tak pernah-pernah ada contest seumpama ini. Lihat tajuk entri di atas.. Contest Kaca Mata PapaMifz.com. Jadi sudah tentunya hadiah ditawarkan adalah kaca mata. Aku seorang budak berkaca mata, jadi sudah tentu contest sebegini menarik minat aku.


Ini adalah kaca mata yang sedang aku pakai sekarang. Nampak tak kat tengah-tengah cermin mata itu dah hilang satu pad. Dah dekat 2 tahun aku pakai cermin mata ini. Bingkai cermin mata ini amat bagus dan sepanjang aku pakai cermin mata, bingkai inilah yang terbaik pernah aku dapat. Jatuh dan kena pijak pun masih kukuh dan tak ada apa-apa.

Sejarah aku memakai cermin mata bermula di sekolah rendah, masa darjah 6. Sebelum dapat cermin mata ini aku langsung tak nampak apa yang cikgu tulis kat papan hitam. Masa itu kawan sebelah la yang jadi mangsa sebab aku salin nota dari dia. Aku juga tanya dia apa soalan yang ditulis di papan hitam. Kalau dia tak ada memang merana la aku dalam kelas.. Terima kasih kawan. ^_^

Pengalaman manis dan pahit memakai cermin mata ini memang banyak. Terutamanya yang pahit. Pertama, aku pernah pijak cermin mata semasa menaiki basikal ke sekolah sehingga pecah. Entah macam mana cermin mata itu boleh jatuh ke depan dan pecah dipijak tayar depan basikal. Hari itu memang sangat kalut. Aku terpaksa pergi juga ke sekolah dalam keadaan rabun jauh dan tak nampak apa-apa yang cikgu tulis di papan hitam. Dalam kelas, cikgu fizik aku zoom slide show power point sampai tulisan itu jadi sangat besar.

Yang kedua pula masa aku kerja di sabasun. Aku kerja shift petang dan pada waktu malamnya aku hantar kotak kosong ke bahagian penyusunan kotak. Di sini kotak-kotak kosong bertimbun dan tanpa fikir panjang aku lempar kotak bersama-sama diri aku sendiri. Akibat tak fikir panjang, cermin mata yang aku pakai terjatuh dalam timbunan kotak yang banyak itu. Masa ni aku betul-betul dah kelam kabut. Dah la malam, dengan mata rabun. Aku fikir, macam mana la nak bawa motor balik nanti. Mujur la kawan aku jumpa balik cermin mata yang jatuh itu. Fuhh.. selamat-selamat.

Dari situ aku terfikir, baik buat cermin mata satu lagi untuk kegunaan masa kecemasan. Dan hasilnya inilah cermin mata kedua aku yang menjadi nyawa kedua bagi mata ini.


Untuk detail-detail yang PapaMifz mintak:

Jenis bingkai yang aku pakai sekarang adalah bingkai penuh dan cermin mata kedua itu bingkai separuh. Aku beli di kedai WAN ZAN OPTOMETRIST. Jenis kaca mata adalah concave iaitu untuk rabun jauh. Jenama dia tu aku tak tahu sebab pemilihan cermin mata aku berdasarkan harga. Harganya adalah di antara RM100 hingga RM200. Harga cermin mata aku mahal sebab power aku tinggi. Sebelah kiri 400 lebih dan kanan 300 lebih. Huhu.. Tinggi.

Pengalaman ketiga yang paling pahit adalah power aku semakin meningkat dari setahun ke setahun. Daripada 100 sampai sekarang dah 400. Itu yang paling aku terasa. Ada orang yang apabila pakai cermin mata power dia turun. Tapi keadaan aku berbeza. Semakin tinggi ada la. Jadi aku nasihat kan kepada orang yang masih elok matanya. Jagalah baik-baik mata itu. Sekali rabun, memang menyesal. 

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...