OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 12 March 2013

Dapat Traffik Tinggi Lebih Senang Dari Mengekalkan Bilangannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Traffik yang tinggi

Seperti yang aku cakapkan.. Mendapatkan Traffik yang tinggi lebih senang dan mudah dilakukan berbanding mengekalkan bilangan dan jumlah pembaca. Daripada pengalaman aku, nak dapat traffik tinggi mudah sahaja. Apabila ada isu-isu panas seperti sekarang ini iaitu " Pengakuan bapa Saiful berkenaan kes liwat " atau " Lahad Datu Diceroboh Pengganas ". Korang cepat-cepat tulis entri pasal kes tersebut. Dengan bantuan SEO, pasti traffik blog korang meningkat beribu-ribu pembaca sehari.

Selain itu korang boleh ping entri di tempat yang mempunyai ramai pembaca seperti di guablog.com atau facebook sendiri. Guna facebook tu agak susah sebenarnya sebab kawan-kawan susah nak membaca, tetapi lain pula ceritanya di guablog. Disini traffik blog aku pernah mencanak naik hanya dengan menghantar satu entri sahaja. Hantar 2 entri, lagi la naik traffik blog. Traffik yang masuk juga stabil setiap hari. Bagi blogger yang inginkan pembaca yang ramai, ping entri di guablog memang bagus.

Tapi aku sudah tidak gunakan cara sebegitu lagi sebab tiada kepuasan dalam diri aku menjadi blogger. Target aku adalah dapatkan pembaca setia. Aku nak setiap kali entri aku dipublish, ada sahaja orang yang terus membaca entri aku walaupun kadang-kadang entri aku adalah berkenaan dengan " aku tak mandi pagi " atau " terlupa nak makan ". Walaupun topik tidak la menarik tetapi bagi pembaca setia yang mengenali diri aku dan penulisan aku, aku harapkan dia membaca topik tersebut.

Apabila itu terjadi maka, tercapailah target aku menjadi seorang blogger. Target aku yang lain ada untuk menyampaikan sedikit ilmu yang ada di dalam dada aku ini kepada kawan-kawan semua. Disini juga aku mengharapkan ada orang yang menegur akan kesilapan dan kekurangan dalam ilmu yang disampaikan. Moga-moga ilmu yang aku dapat akan diberkati oleh ilahi.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...