OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 11 March 2013

Jahil Dalam Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jahil Dalam Cinta

^_^. Hmmm... rupa-rupanya aku masih belum mengerti apa itu cinta yang sebenar. Apabila membaca entri yang di post oleh seorang kawan, baru aku tahu.. Pengertian cinta aku masih belum mencapai tahap yang sebenar-benarnya. Betul lah kata orang dan guru aku sebelum ini. Pengalaman akan mematangkan diri kita, dan pengalaman yang aku dapat masih belum melayakkan diri aku bercakap pasal cinta, pergorbanan mahupun cinta sejati.

Siapalah aku untuk bercakap pasal cinta ini.. Aku sendiri pun belum pernah ada pengalaman bercouple. Aku tak layak bagi pengertian cinta dan bercakap seolah-olah aku ini pakar cinta. Segala yang aku cakapkan sebelum ini mungkin datang dari perasaan yang bercelaru dan terkejut dengan apa yang berlaku. Ada ramai lagi orang di luar sana yang faham apa itu perasaan cinta. Jadi maafkan aku, akan segala salah dan silap dalam percakapan aku sebelum ini.

 maafkan aku

Cukuplah sampai disini.. Segala-galanya aku serahkan kepada Yang Maha Besar sekarang. Kerana dialah yang mewujudkan perasaan di dalam hati ini dan dia lah yang memberikan tunjuk ajar akan sesuatu yang aku inginkan sejak dari dulu lagi, tetapi dengan cara yang lain. Dia lah yang mengetahui isi hati aku yang sebenar dan dia lah yang mengetahui apa yang terbaik buat diri aku sendiri. Mungkin ada hikmah dalam sesuatu yang aku suka tetapi tak dapat dan apa yang aku tak suka itulah yang sebenarnya aku cari selama ini. Aku tutup hati aku buat masa ini dan apabila tiba masa yang telah ditakdirkan, engkau buka lah kembali perasaan yang tersembunyi di sudut hati ini..

Terima kasih untuk segala-galanya..


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...