OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 2 March 2013

Kalimah La ilaha illAllah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kebesaran allah

Sebelum aku berbicara pasal Kalaimah Yang Agung ini apa kata kamu semua tengok video dibawah sebentar. Dengar dan hayati baik-baik.



Kalimah Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) adalah kalimah yang besar ertinya disisi Islam. Ia adalah suatu kalimah yang mengandungi makna yang menafikan terhadap segala bentuk penyembahan selain daripada Allah s.w.t dan ia juga menetapkan bahawa penyembahan itu wajib ditujukan kepada Allah s.w.t semata-mata. Firman Allah s.w.t :


فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ 
"Maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah" (Muhammad:19)

Rasululullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّالله مُخْلِصًا دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa yang berkata 'tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)' dengan ikhlas, maka Allah akan memasukannya ke dalam syurga '" (Riwayat Ahmad: Sahih)

Maksud ikhlas di dalam hadith diatas adalah orang yang benar-benar memahami dengan sebenar-benarnya pengertian kalimah  لاَ إِلَهَ إِلَّاالله itu, kemudian mengamalkannya lalu mendahulukan erti dan maksud kalimah ini dalam mentauhidkannya. Ini kerana kalimah ini mengandungi pengesaan kepada Allah s.w.t, yang juga tujuan diciptakan seluruh manusia, jin dan alam ini.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyeru kepada ayah saudaranya, Abu Thalib saat dia sedang nazak:

يَا عَمَّ قُلْ لاَإِلَهَ إِلَّااللهُ كَلِمَةً أُحِجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَاللهِ، وَأَبَى أَنْ يَقُولَ: لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ
"Wahai ayah saudaraku, katakanlah  لاَ إِلَهَ إِلَّاالله sebuah kalimah yang kelak akan menjadi hujjah atas keislamanmu di hadapan Allah s.w.t. Namun ayah saudaranya itu enggan mengucapkannya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ كَانَ أَخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّااللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa yang akhir ucapannya adalah  لاَ إِلَهَ إِلَّاالله , maka dia akan dimasukkan kedalam syurga"(Riwayat al-Hakim)

Sumber - http://addienblog.blogspot.com/2012/02/pengertian-lailahaillallah.html

Peliharalah kalimah ini dalam hidup kita keran kita semua ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan tidak berkuasa berbanding pencipta kita. Ingatlah dia yang menghidupkan kita dan dia juga yang mematikan kita semua. Kepadanya lah kita semua kembali.

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...