OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 17 March 2013

Khusyuk Dalam Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

syaitan ganggu dalam solat

Tidak khusyuk dalam sembahyang adalah perkara yang berlaku kepada kita semua dan patut kita cuba hindari. Dalam solat, kita mesti akan teringat perkara-perkara duniawi yang menganggu khusyuk kita dalam sembahyang. Walaupun jasad tengah berdiri tegak, bersembahyang tetapi hati masih teringat masalah itu, masalah ini, awek makan tak lagi, awek tengah ngajuk dan sebagainya. ^_^


Ada beberapa cara yang di ajar oleh kawan-kawan kita untuk mendapat khusyuk dalam solat

Cara untuk khusyuk dalam solat.

1. Rancang waktu untuk solat- supaya tidak terbawa- bawa hal keduniaan ketika solat.
2. Tumpukan perhatian ketika pada tempat sujud.
3. Fahami dan hayati maksud bacaan solat.
4. Anggaplah bahawa solat itu merupakan solat yang terakhir yang akan dilakukan
5. Pakailah pakaian yang baik dan bersih.
6. Solatlah di Masjid supaya lebih khusyuk ketika menunaikan solat.

Sama-samalah kita sedaya upaya untuk khusyuk dalam solat dan melupakan segala perkara dunia yang datang kepada kita..Semoga Allah menerima segala solat yang kita lakukan.. Amin

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...