OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 9 March 2013

Letak Widget Lagu Di Tempat Yang Betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

anime singing

Selamat malam kepada mereka-mereka yang telah pun melelapkan mata dan terlena di buai mimpi-mimpi yang indah mahupun mimpi buruk.. hehe.. Tapi harapnya semua orang dapat mimpi-mimpi yang baik. Nanti kan ada yang menangis ketakutan.

Aku baru sahaja selesai buat blogwalking ke blog-blog yang menyertai segmen mari tambah kenalan dari blog cinta. Macam biasa, dalam mana-mana segmen sebelum ini pun pasti aku akan hadapi masalah dengan lagu. Untuk buat blogwalking biasanya aku buka 5 tab sekaligus. Ini untuk memudahkan dan menjimatkan masa untuk buat blogwalking.

Tapi apabila buka tab banyak-banyak pencemaran bunyi pasti berlaku. Kalau bernasib baik, kelima lima blog itu ada lagu. Pening nak dengar lagu mana satu. Kalau lagu jenis yang lembut tu tak apa lagi tapi nah sekali lagu rock dimainkan, bergegar kepala ini. Terus aku tutup sound.

Pointnya disini, Aku bukan nak kata tak boleh letak lagu dalam blog atau letak lagu tu kenalah dari jenis-jenis yang tertentu tetapi letaklah widget lagu yang boleh di pause. Selain itu, sila lah letakkan widget lagu tersebut pada bahagian atas blog. Ini untuk memudahkan aku dan juga orang lain mencari widget ini.

Minat setiap orang tak sama. Ada orang yang sukakan lagu jenis lembut dan ada juga orang yang sukakan lagu jenis hardcore atau rock. Jadi letaklah lagu yang boleh di pause dan senang dicari. Setiap orang ada hak terhadap blog masing-masing. Buatlah blog itu mengikut citarasa kamu sendiri.

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...