OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 7 March 2013

Perjalanan Blog Infinity

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

fly with me

Mula-mula aku nak minta maaf kepada kawan-kawan blogger sebab sejak dua menjak ni dah kurang menumpukan perhatian kepada blog kesayangan ini. Bukan sebab dah tak berminat atau boring. Tapi disebabkan pembelajaran di universiti yang semakin susah ini. Jadi sem ini tak boleh lah nak bersuka ria seperti sebelum ni.

Kawan-kawan sekelas pun dah asyik tanya pasal blog ini sebab aku dah kurang update blog di facebook group. Aku bukan tak nak update di situ tetapi sekarang ni topik-topik yang diupdate lebih kepada segmen dan luahan hati. Jadi tak sesuai untuk update topik sebegini di dalam group kelas. Diorang semua lebih berminat kepada topik yang jenis info-info semasa. Blog aku pulak jenis personal. Memang tak ngam la.

Yang luahan hati pula. Aku sebenarnya segan dan malu. Apabila update dalam group confirm diorang semua baca, jadi timbul juga perasaan malu itu dalam diri ini. Jadi aku hanya luahkan di dalam blog ini dan tak kongsi di dalam group.

Kongsi luahan hati dalam blog ini aku tak rasa malu sangat sebab rata-rata pembaca dan rakan-rakan blogger semua masih belum berjumpa dan kenal diri aku. Yang kenal tu hanya dalam 5 hingga 10 orang macam tu la. Tak lah malu sangat. hehe. -^_^-

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...