OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 19 March 2013

Preview 12 - MeetMissZa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Seperti mana yang telah dijanjikan aku akan buat blog review bagi follower yang ke-900. Alang-alang kelas pagi batal hari ini. Jadi baik aku gunakan kesempatan waktu pagi dan review rakan blog INFINITY - Kembara Lokman Ramli yang baru iaitu Miss Za.


Daripada pemerhatian aku, Miss Za sudah lama menjadi blogger. Bermula dari 2011 sehingga sekarang. Entah kenapa, aku rasa isi kandungan Blog MeetMissZa lebih kurang dengan isi kandungan blog aku. Hehe

Apabila aku stalker blog seseorang, aku suka cari entri pertama. Pada entri pertama inilah kita dapat melihat ketulusan hati nurani yang masih suci apabila seseorang mula-mula berblog. Apabila sudah lama berblog, macam-macam perkara yang sudah kita lakukan.

Untuk blog Miss Za ini, disarankan buang disable right-click. Ini untuk memudahkan para pengunjung atau peserta yang turut sama menyertai segmen yang Miss Za sertai. Walaupun disable right-click ini bagus sebagai perlindungan daripada orang lain copy paste entri kita, tetapi banyak kelemahan dari kelebihannya. Contohnya, orang suka buka tab banyak-banyak untuk membaca entri blog kita. Kalau ada disable right-click ini, orang pun jadi malas nak baca entri yang lain sebab kena buka satu... satu entri.

Tapi kalau Miss Za rasa memang patut gunakan disable right-click itu.. guna la. Sebab kejadian copy paste sekarang ni banyak berlaku.

Terima kasih..salam dari pantai timur.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...