OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 8 March 2013

Sanggup Berniaga Hingga Meninggalkan Solat Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sanggup Berniaga Hingga Meninggalkan Solat Jumaat


‎"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (QS. 62:9)

"o you who have believed, when [the adhan] is called for the prayer on the day of Jumu'ah [Friday], then proceed to the remembrance of Allah and leave trade. That is better for you, if you only knew."(QS.62:9)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di waktu solat jumaat ada segelintir orang yang lebih pentingkan jual beli dari menunaikan solat. Jual beli itu lebih penting baginya sehingga sanggup meninggalkan solat jumaat. Apabila orang sekeliling sedar, kuranglah rezeki itu masuk. Itulah apa yang aku katakan sebab mereka sudah kehilangan salah seorang pelanggan mereka.

Walaupun makanan dan minuman yang dijual itu sedap tetapi apabila sikap sebegini ada, tawar hati ini untuk membeli makanan mahupun minuman. Aku tahan diri dari membeli disitu sebab aku cukup tidak setuju dengan sikap mereka.

Harap Allah membuka pintu hati mereka dan berubah ke arah yang lebih baik. Aku pun bukan seorang yang baik, jujur.. tetapi kalau dah nampak terang-terangan kesilapan itu hancur hati ini. Aku tak mampu dari segi perbuatan mahupun kata-kata. Tapi dari segi hati, aku harap mereka berubah.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...