OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 3 March 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jumlah folllower - 841 orang.

Segmen tambah kenalan dari Blog Cinta Itu Indah. Hmm.. Cinta itu indah ke?? Malam ni aku rasa nak luahkan perasaan sedikit selepas sekian lama tidak berbicara tentang cinta. Untuk pengetahuan korang semua. Blog infinity ini terhasil daripada perasaan cinta aku. Kalau tak percaya sila la menjelajah ruangan blog infinity dan membaca entri-entri awal. Disitu ada tersimpan kenangan dan pengalaman aku bercinta.

Berbalik kepada persoalan aku semula. Cinta itu indah ke?? Bagi aku, Ya!!.. cinta adalah satu perasaan yang terindah dan menyeronokkan. Sukar nak gambarkan perasaan ini. Tetapi apabila diri dilamun cinta kita terasa macam berada di awan-awangan dan pemikiran kita penuh dengan imaginasi-imaginasi yang indah. Terasa juga hidup ini sangat bermakna. Dalam dilamun cinta kita akan buat apa saja untuk si dia. Segala masalah, kesihatan malah pergaulan dia juga kita akan ambil tahu.

Apabila bercinta, tak sah kalau tak bergaduh. Akan ada masanya kita terasa hati dengan dia atau dia yang terasa hati dengan kita. Biasanya orang bercinta bergaduh kerana cemburu, salah faham dan ego. Walaupun namanya bergaduh tetapi ada banyak kebaikan tersirat di situ. Dalam keadaan ini kita dapat mengenali hati budi pasangan kita dengan lebih dekat. Kita juga dapat tahu kelemahan dan kekurangan pasangan kita.

Bagi yang betul-betul rasa cinta, dia akan terima segala kekurangan itu. Ya la, manusia ni bukannya sempurna. Tiada manusia yang terlepas dari membuat kesilapan. Pastinya dalam hati, kita sudah buat ketetapan untuk mencari pasangan yang macam itu dan macam ini kan?. Kita inginkan dirinya sempurna di mata kita.

Aku juga begitu. Tetapi apakah daya.. Kuasa Allah melebihi segala-galanya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini dan aku berserah kepadanya.

Terima kasih..salam dari panta timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...