OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 5 March 2013

Ziarah Orang Sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ziarah Orang Sakit

Hari ini aku pergi ziarah seorang kawan di hospital akibat kemalangan jatuh motor. Dia kena tahan wad untuk satu hari. Dengar macam parah tapi, Alhamdulillah kecederaan yang dialami tak la teruk sangat. Cuma luka dan beberapa jahitan di kepala. Esok dah boleh keluar wad.

Apabila berada di hospital terdetik di hati ini mensyukuri nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah. Melihat kawan di hospital dengan kecederaan sebegitu dan orang-orang sakit yang berada di sana. Memang bersyukur sangat-sangat dengan nikmat yang besar ini. Walaupun aku tidak dapat nikmat kekayaan atau kemewahan seperti orang lain tetapi nikmat kesihatan selalu menemani diri aku. Terima kasih ya Allah.

Satu lagi, amalan ziarah orang sakit adalah sasuatu yang sangat baik. Aku perasaan pesakit di tepi kawan aku tadi. Dia asyik melihat aku dan kawan-kawan melayan kawan aku yang sakit ini. Tergambar kegembiraan dalam matanya. Dari situ, aku dapat tahu. Orang yang sakit amat gembira apabila ada orang yang datang melawat. Perasaan itu memang tak dapat disembunyikan. Jadi jikalau ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang sakit. Jangan berat tulang la untuk menziarahinya sebab ada kebaikan dalam amalan ziarah ini.

Psstt.. pesanan untuk diri aku.

Terima kasih..salam dari pantai timur. 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...