OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 22 April 2013

Jangan Permainkan Agama Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jangan Permainkan Agama Islam

" Aku mengaku, diri aku ini bukan la orang yang baik. Aku banyak melakukan maksiat dan dosa-dosa terhadap manusia dan Allah. Tapi aku sentiasa ingin berubah atas segala kelemahan dan kekurangan diri aku ini. Semoga Allah mengampuni dosa diri ku.."

Dalam satu group facebook yang aku join sebelum ini.. Ada seorang hamba Allah yang membuka mata dan hati yang telah tertutup ini dengan izinya. Dia membuka mata aku bahawa, sebagai seorang yang beragama islam, kita perlu saling menegur antara satu sama lain.

Apabila sesorang itu melakukan kesalahan, kita hendaklah menegurnya dengan cara yang baik. Kita bagitahu dia apa kesalahan yang telah dia lakukan sebelum ini. Jangan lah kita hanya pandang sebelah mata apa yang kita tahu, Itu adalah satu kesalahan.

Dan... Apabila seseorang itu mengaku " ISLAM AGAMA KU,,,SEMBAHYANG SENTIASA X BUAT,PUASA LANGSUNG X PERNAH,,APA LG KORNG NAK TAU,,SEX IALAH BARANG PERMAINANKU "

Dengan serta merta menjadi tanggungjawab kita semua sebagai saudara sesama islam untuk mengingati dan menegur apa kesilapan diri dia... Jangan la kita sesekali mempermainkan agama yang kita telah bersaksi, Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.  

Bertaubatlah sebelum ajal menemui diri kita.....


Terima kasih.. salam dari pantai timur.







Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...