OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 21 April 2013

Kepada Suami Dayus

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada Suami Dan Isteri

*Maaf penggunaan kata-kata agak kasar...

Seorang suami dikira dayus apabila membenarkan isterinya memdedahkan auratnya di khalayak ramai untuk menjadi santapan kaum lelaki. Itu la kata-kata Ustaz Azhar Idrus.

Aku membangkitkan isu ini hari ini kerana aku terpandang satu pemandangan yang indah semasa berkelah di Gunung Ledang kelmarin. Seorang isteri dengan selambanya memakai pakaian yang amat-amat ketat (legging) sehingga terbayang seluar dalamnya di depan orang ramai.. Sambil dipimpin tangan oleh suaminya..

Aku bukan nak memfitnah atau mengata yang bukan-bukan tetapi dari pandangan kami semua.. Suami itu memang tak sayang isterinya. Dia langsung tak menghargai sebutir permata miliknya yang indah dengan memperlihatkan kepada orang lain.

Bukan kah dayus namanya itu??

Aku tak akan sesekali membenarkan isteri aku buat sedemikian. Keindahan dan kecantikan dia hanyalah untuk aku seorang sahaja. Biar la aku seorang yang tahu rahsianya. Buat apa memilikinya jika dikongsi keindahanya bersama orang lain.

Sesiapa yang tak mampu memenuhi syarat ini jangan la cari aku...

-Itu kata-kata kepada bakal isteri aku..

Kesimpulannya... Hargailah isteri yang kita miliki itu.. Jangan sampai orang lain turut sama memilikinya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...