OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 5 April 2013

Man Jadda Wajada

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

man jadda wajada

Apa khabar semua?? ^_^

Harap-harap semuanya sihat sejahtera.. Aku baru sahaja habis menjawab test sebelum cuti pertengahan sem. Dalam menjawab test itu ada yang suka dan ada juga yang duka teramat duka. Walaubagaimana pun, kita sudah berusaha sehabis mungkin dan berserah segala-galanya kepada Allah.. Apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita usahakan.

Semakin banyak kita berusaha, semakin banyak balasan yang kita dapat. Semuanya rezeki daripada Allah s.w.t.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Apa yang penting kita berusaha.. Seperti pepatah arab.. " man jadda wajada " . Ertinya.. Siapa yang berusaha bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

Segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri.. Nak berubah itu senang sahaja jika kita mempunyai iltizam dan semangat untuk berubah bersungguh-sungguh. Yang menjadi sukarnya adalah jika kita hanya katakan di bibir tetapi tidak pada perbuatan diri.

Kita pasti akan lalui banyak dugaan dan cabaran dalam tempoh untuk berubah itu. Apabila sampai suatu tahap kita sudah tidak mampu menahan dugaannya, mohonlah kemaafan daripada Allah dan jangan berputus asa untuk berubah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...