OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 21 April 2013

Masyarakat Bersatu Adalah Masyarakat Maju

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masyarakat Bersatu

Perang diantara pihak kerajaan dan pembangkang semakin membara. Setelah penamaan calon, semua orang yang terpilih mula sibuk berkempen di kawasan masing-masing dan menggunakan segala strategi dan cara untuk meraih undi daripada rakyat.

Poster dan bendera sedang rancak dipasang di tempat masing-masing. Dalam kerancakan itu ingatlah saudara semua, kita semua adalah rakyat Malaysia. Walaupun berbeza pendapat dan agama, tetapi kita semua bernaung di bawah satu bendera iaitu Jalur Gemilang.

Tak kira la apa yang anda sokong, PAS, BN, PKR atau DAP...Jangan disebabkan politik, kita semua berpecah belah, saling tidak bertegur sapa dan lebih teruk lagi bermusuhan antara satu sama lain.

Negara Malaysia adalah Negara Demokrasi. Rakyat mempunyai kuasa penuh untuk memilih pemerintah yang difikirkan sesuai untuk kesejahteraan negara.


Masyarakat Bersatu Adalah Masyarakat Maju


Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...