OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 14 April 2013

Memerah Otak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memerah Otak

Cuti pertengahan semester sudah pun tamat... Huhu.. sedih, sedih.. Apabila cuti berakhir, maknanya kerja akan datang kepada aku bertubi-tubi.. Banyak kerja yang perlu disiapkan dalam minggu ini. Dengan report la, dengan presentation lagi.. Huhu.. Kena la perah otak yang sudah membeku selama seminggu ini.

Ahhh... Beratnya badan nak beralih dari mod cuti kepada mod kerja.. Dengan suasana mendung, sejuk dan ditambah dengan selimut yang suam.. Terbit la perkataan " MALAS "... Malas, malas, malas... Entah bila la nak jadi rajin macam orang lain. Celik mata je sembahyang pastu buka buku... Baca

Aku pulak celik mata je, buka MukaBuku dan juga blog.. Nampak bezanya disitu. Sekarang ini blog kesayangan aku sudah sedikit terabai. Tumpuan aku sekarang lebih kepada pengajian aku berbanding dengan blog. Masa itu ada apabila semua test sudah selesai.. Tetapi fikiran untuk berblog sudah kurang.. Sebab itulah korang boleh nampak aku semakin kurang aktif sejak kebelakangan ini..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...