OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 17 April 2013

Pru13 Dinanti Semua Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

fight in pru13

Pru13 semakin menghampiri.. Bahangnya kian dirasa oleh semua masyarakat di malaysia. Dan bahang itu pasti akan membara pada malam 5 mei nanti apabila keputusan pilihan raya diumumkan. Sama-sama lah kita semua nantikan..

Aku sebenarnya tak nak masuk campur hal politik dalam blog ini tetapi pagi tadi ada seorang kawan aku yang tanya.. " Abang long, kenapa tak update cerita pasal politik dalam blog? ". Aku pun jawab la.. " malas aku nak campur hal politik ". Dia tambah " laa.. kenapa plak?? Kan elok update entri pasal kewajiban menunaikan tanggunjawab mengundi untuk negara. Undi itu kan wajib ".

Hmmm... betul jugak kan? Jadi tak salah pun sebenarnya nak update pasal hal-hal macam itu. Jadi aku pun dengan beraninya membuat keputusan untuk menulis sedikit sebanyak hal politik sepanjang pilihan raya ke 13 ini.

Hal politik yang akan aku tulis bukan seperti Blogger-blogger tegar politik tetapi entri tersebut lebih terarah kepada pandangan aku sendiri tentang pilihan raya dan juga sebagai seorang pengundi yang akan mengundi buat kali pertama nanti di Kuala Terengganu. Aku akan start menulis tidak lama lagi.

Jadi aku nak pesan awal-awal lagi...

" Ini bukan blog politik yang menghasut mana-mana orang untuk mengundi. Blog ini adalah blog yang mengemukakan padangan dan juga suara mahsiswa tentang apa yang berlaku di dalam negara ini. Itu sahaja. "

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...