OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 21 April 2013

Tempat Kita Bergantung Waktu Lemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tempat Kita Bergantung Waktu Lemah


Manusia... Ada masanya kita kuat dan ada masanya kita lemah. Kita tidak akan sentiasa kuat dan boleh bergantung kepada diri kita sendiri sahaja. Bergantung kepada diri kita itu bagus tetapi ada masanya kita perlukan orang lain sebagai tempat kita bergantung.

Hargailah sahabat baik kita yang sentiasa sudi mendengar segala luahan dan kelemahan diri kita sendiri. Kawan baik itu adalah orang yang boleh menyimpan rahsia kita dan memahami apa kemahuan diri kita sendiri. Mereka ini lah tempat kita bergantung masa kita lemah.

Walau sekeras mana hati dan walau sedegil mana kita.... Apabila ada orang yang sudi menemani diri kita semasa kita susah. Pasti timbul satu ketenangan dalam diri kita. Segala beban dan segala macam tanggungan, akan terasa ringan di bahu ini.

Terima kasih wahai sahabat.. Salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...