OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 17 April 2013

Wajib Mengundi Bagi Yang Layak

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera..

Wajib Mengundi Bagi Yang Layak


Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Secara ringkas:

      Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam
      Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
      Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan raya sahaja  iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.
      Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...