OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 7 May 2013

Kemenangan Yang Bergaya Di N10, Dun Teluk Pasu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pilihanraya ke-13 sudah pun berlalu pergi dengan pelbagai kontroversi yang terjadi. Kontroversi pasal dakwat kekal, pengundi hantu, pengundi berkali-kali dan sebagainya. Macam-macam...

Walaubagaimanapun kita semua kena la terima semua keputusan yang telah diputuskan oleh SPR dengan hati yang terbuka. Bagi aku, 5/5/2013 adalah hari kemenangan kepada aku dan juga orang-orang kampung yang sering ditindas oleh orang yang lebih berkuasa. Puas hati ini melihat semua percubaan diorang untuk menang secara tidak bermaruah dapat dipatahkan.

Rasa seronok apabila melihat semua orang saling tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain. Terasa ikatan ukhuwah antara kami semua sangat kuat. Bertambah kuat berbanding sebelum-sebelum ini apabila ramai anak muda yang mindanya telah berkembang dan boleh berfikir apa yang baik untuk mereka.

Insha Allah.. 5 tahun akan datang, kami semua akan bertambah kuat dari sebelum-sebelum ini.. nantikanlah wahai N10 dun teluk pasu.. Kami akan mempertahankan kemenangan ini walaupun dengan majoriti hanya 109.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...