OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 9 May 2013

Service Laptop Sekurang-kurangnya Setahun Sekali

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Service Laptop Sekurang-kurangnya Setahun Sekali

Fuhh... Hari ini suhu di melaka mencapai 32°C.. Bayangkan, ais yang aku beli di kedai dah cair separuh sebelum sampai ke rumah. Sampai tahap itu sekali..

Bercakap pasal panas ni, aku nak bagi nasihat atau peringatan kepada pengguna laptop.. Sebelum terkena seperti aku, lebih baik kita sama-sama mencegah dulu.

Service lah laptop itu sekurang-kurangnya satu kali setahun atau apabila kita rasa angin yang keluar dari laptop itu semakin berkurangan dan laptop menjadi amat panas. Pekara ini biasanya kita pandang remeh dan buat tak tahu je. Apabila laptop panas, kita mula la kata cooler yang kita guna itu tak cukup power dan perlu diganti dengan yang baru.

Sebenarnya apa yang kita fikir itu salah.. Biasanya punca berlakunya overheat itu adalah kerana debu-debu yang berada di dalam laptop kita dan menyekat aliran angin keluar daripada kipas. Tengok dari luar memang kita tak akan nampak, tapi cuba kita buka laptop itu..

Memang korang akan terkejut.. Kalau hantar kat kedai pun confirm kena marah sebab biar debu sebanyak itu.. Overheat ini amat bahaya kerana boleh menyebabkan kebakaran dan merosakkan harware dan motherboard laptop kita..

Jadi kalau nak elakkan masalah ini daripada berlaku, service lah laptop itu sebelum kita kena membayar lebih lagi dari harga mencuci.

Terima kasih..salam dari pantai timur.







Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...