OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 5 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut kemenangan setelah melalui bulan ramadan. Sedar tak sedar masa berlalu dengan sangat cepat sampai kita masih ingat kita pernah menyebut.. " Dah dekat dengan bulan puasa ni ". Masa tidak akan pernah berhenti nak menoleh ke belakang.. Semuanya bergantung kepada kita untuk menoleh ke belakang ataupun terus kehadapan.

Bulan ramadan yang penuh dengan barakah ini akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Sebagai peringatan buat kita semua terutamanya diri saya.. " Ambil lah peluang dalam masa-masa yang terakhir ini untuk kita mempertingkatkan ibadat dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Pohonlah keampunan dan kemaafan di atas segala dosa-dosa besar dan kecil yang pernah kita lakukan, moga-moga diampunkan oleh Allah s.w.t. "

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin di atas segala perbuatan saya sama ada yang terkeluar dari mulut ataupun anggota badan ini. Banyak lagi kelemahan diri saya ini yang perlu diperbaiki. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam didunia ini.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...