OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 11 December 2013

Entri Pada Tarikh 11/12/13

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua?

Apa khabar semua? .^_^.  Bertemu kembali kita di alam maya ini. Sekarang ni aku dah boleh rasa kenapa ramai blogger-blogger yang sama generasi dengan aku semakin kurang aktif berblog. Semuanya sibuk dengan dunia luar atau dunia realiti.

Macam aku ni, sibuk dengan hal-hal di universiti dan games. ^_+.. Tambahan lagi berada di tahun akhir dan di penghujung sem. Semua kerja nak kena buat dan hantar sebelum berakhirnya minggu ke-14. Pening, pening...

Apa pon.. aku nak ambil peluang untuk tulis entri pada hari istimewa ni.. Hmmm.. istimewa ke tarikh 11/12/2013?

Pada aku tarikh ni tak ada maknanya pun melainkan untuk mengucapkan syukur kepada Allah akan nikmat kehidupan, kesihatan, kebahagian hidup pada hari ini dan juga untuk mengabdikan diri dalam mencari ilmu yang berkat dan beribadah kepadanya.

Senang je cakap, tapi nak laksanakan semua itu memang penuh dengan dugaan dan cabaran.. ^_^. hehe

Dan semalam selepas berdetiknya jarum jam pukul 12, laman sosial menjadi agak kecoh. Apa taknya semua orang tak kira lelaki mahupun perempuan update status pasal meluahkan perasaan cinta cintun antara satu sama lain. Semuanya nak mencatat sejarah dengan mengambil tarikh yang unik ini sebagai titik permulaan. Tak kurang juga orang yang offer untuk ditackle oleh insan-insan yang kesunyian di facebook.Well, Apa yang aku boleh katakan adalah "Good luck dan selamat berjaya ".

Agak-agak ada tak orang yang ambil peluang pada tarikh hari ini untuk mengakhiri sesuatu hubungan??

Sebelum aku menutup entri ini, aku nak juga ucapkan selamat pengantin baru buat Rozita Che Wan dan Suaminya Zain Saidin dan buat seluruh mempelai yang disatukan hari ini. Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.. ^_^




Sumber - rotikaya


Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...