OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 7 December 2013

Indahnya Bersahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

feeling


Malam ni rasa nak luahkan sedikit perasaan.. Hehe.. Bukan perempuan je yang patut luah perasaan ok, lelaki pun sekali sekala kena jugak curah apa yang terbuku di dalam hati ini. ^_^

Hmmm... Macam mana nak start ya.. Haha.. Aku dah kekok nak bercakap pasal perasaan ni. Dah lama sangat menyepi.

Aku masih ingat kata-kata kawan aku dulu.. "Hargailah sahabat yang mendengar masalah kamu kerana kelak, apabila dia menghilang baru kamu rasa menyesal".

Kata-kata kat atas ada betulnya..

" Sahabat adalah kawan kita yang sentiasa bersama mengharungi cabaran dan dugaan sama ada dalam gembira ataupun duka. Sahabat jugalah menjadi tempat untuk kita bercerita dan sahabat jugalah yang menjadi penawar luka di hati kita. Sahabat yang baik akan memberi teguran dan nasihat jika kita lalai. Dan mereka menyayangi diri kita seperti mana mereka menyayangi diri sendiri. "

Bersahabat itu amat indah, bila mana niat kita itu ikhlas hanya kepada yang esa..

Hargailah sahabat yang berada disisi kita itu.. Mungkin ramai yang tak menyedari, tetapi sahabat yang baik adalah sahabat yang menjadi saingan, dan kadang-kadang menyakitkan hati dalam hidup kita. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...