OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 26 January 2013

Saya Bercuti Selama Satu Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

capaian jalur lebar

Salam Maulidur Rasul kepada nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sama-samalah kita menghidupkan segala amalan dan sunnah yang ditinggalkan baginda kepada kita semua. Moga-moga kita akan mendapat syafaat daripada baginda Rasulullah S.A.W.

Saya minta maaf kepada rakan-rakan blogger sekalian kerana hampir seminggu menghilang tanpa khabar berita. Minta maaf juga sebab tidak dapat membalas kunjungan kawan-kawan semua. Saya sebenarnya sedang bercuti di rumah. Jadi nak update blog ini memang susah. Bukan susah tak ada idea tetapi susah sebab tak ada capaian jalur lebar(internet).

Sekarang ini pun terpaksa gunakan perkhidmatan cyber cafe untuk update blog ini sekejap. Rindu nak bersama kawan-kawan semua tetapi rindu ini terpaksa dipendam selama satu bulan ini. Satu bulan tanpa internet, memang membosankan. Tetapi think positif.. Saya boleh berehat/bercuti dari berblog selama sebulan ini bersama keluarga. ^_^. hehe

Semoga kita berjumpa lagi.. bye-bye.

Terima kasih..salam dari pantai timur.



Thursday, 17 January 2013

Setiap Yang Hidup Pasti Merasai Kematian

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setiap Yang Hidup Pasti Merasai Kematian

Sebentar lagi aku akan bertolak dari Melaka ke Kuala Terengganu. Hmmm.. boleh agak tak apa maknanya?? Kalau siapa yang boleh agak itu memang pandai. ^_^. Pejam celik pejam celik dah habis rupanya semester 5 ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Memori berada di matrikulasi 3 tahun lepas terasa macam semalam perkara itu berlalu. Begitulah cepatnya masa dunia ini berputar.

Dengan masa yang pantas berputar itu aku memikirkan apakah nasib yang akan menimpa diri aku nanti. Macam-macam perkara yang bermain di fikiran ini. Adakah nasib aku akan baik ataupun sebaliknya di masa hadapan? Semuanya menjadi tanda tanya. Tapi yang pasti di penghujungnya hanya ada satu jalan yang kita semua akan lalui, iaitu kematian.

Aku ada terjumpa satu blog trauma yang memaparkan gambar-gambar orang mati. Blog ini aku katogerikan sebagai 18 SG, iaitu blog yang memaparkan kisah seram dan keganasan yang melampau. Macam-macam gambar dipaparkan dari bayi sehingga kepada orang tua. Semuanya mengerikan. Aku tahu semua orang akan merasai kematian suatu hari nanti. Seperti mana janji Allah dalam (Surah Al-Anbiya': 35) "setiap yang hidup pasti merasai kematian". Jadi terfikir macam manalah cara kematian aku nanti??

Sudah cukup ke bekalan pahala sepanjang aku hidup ini untuk ke syurga? semuanya bermain difikiran. Dengan segala perbuatan yang  telah aku lakukan sebelum ini, aku takut api yang panas menanti diri aku. Oleh itu aku nak memperingati diri aku dan kawan-kawan bahawa pintu taubat sentiasa terbuka. Bertaubatlah sebelum ajal menemui kita.

Terima kasih..salam dari pantai timur.




Wednesday, 16 January 2013

Suara Mahasiswa Dalam Isu LISTEN LISTEN LISTEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Suara Mahasiswa


Rasanya semua orang tahu pasal isu yang tengah panas sekarang ini, Isu LISTEN, LISTEN, LISTEN! Bagi yang masih belum tahu pasal isu ini boleh buka Youtube dan taip Forum Suara Mahasiswa Di UUM. Korang boleh dengar kenapa isu ini meletup sekarang.

Apa yang aku nak sampaikan malam ini adalah Suara Mahsiswa Dalam Media Sosial. Video ini adalah parody Forum Suara Mahasiswa yang disampaikan oleh Vlogger yang paling famous, Mat luthfi. Jom Layan sambil faham apa yang dia cuba sampaikan..


Dalam video ini Mat luthfi ada suruh cari apa itu Parody.. Maksud parodi adalah suatu hasil karya yang digunakan untuk memelesetkan, memberikan komentar atas karya asli, judulnya ataupun tentang pengarangnya dengan cara yang lucu.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wordless Wednesday - Masa Tak Cukup

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa Tak Cukup


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih..salam dari pantai timur

Tuesday, 15 January 2013

2000 Domain.my Percuma Kepada Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

domain free

Sebelum ini dunia blogger di malaysia kecoh dengan satu pemberian domain.my free dari Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi. Sekarang ini aku nak tambah lagi kekecohan itu dengan satu berita baik. Pihak Asiahost Advanced Tech telah melanjutkan tawaran pemberian domain free dan memberikan tambahan 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutamanya kepada blogger di Malaysia.

Aku juga tahu ramai yang telah mengisi borang tersebut tetapi tak dapat-dapat domain yang ditunggu itu. Tahu tak, sebab utama kelewatan tempahan korang itu adalah kerana terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY. Jadi ingat, apabila isi borang itu kenalah berhati-hati dan ikut step yang diberikan betul-betul.

Untuk maklumat korang semua. Domain .my ini dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia".

Ingat.. belia  

Jangan salah pulak.. Segala tutorial dan cara menukar domain ini ada di blog Coklateyesblog cydasite dan blog paly.

Pilihlah mana yang terbaik.. Korang boleh cari nama domain yang ingin korang gunakan di atas sidebar sebelah kanan blog ini. Masukkan nama domain yang korang pilih dan lihat jika masih ada ataupun sudah diambil orang. Bagi yang berminat bolehlah daftar sekarang.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Boleh Ke Guna Arak Dalam Penyembur Serangga??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Arak itu haram. Jangan sesekali minum arak ini

Akhirnya habis sudah final exam untuk sem ini. ^_^. Aku nak gembira sangat pun tak boleh sebab tak tahu macam mana result aku nanti. Harap-harapnya aku selamat. Ok.. Hari ni bolehlah aku tumpukan 100 peratus masa untuk berblog sebelum pulang ke kampung hari khamis ini. Berbalik kepada tajuk di atas. Semalam kawan aku ada tanya soalan pasal penggunaan arak.

"Assalamualaikum ..saya nak bertanya, kumpulan saya ada buat penghalau serangga organik yg terdiri daripada EM (effective microorganism). Masalahnya sekarang nak buat tu kena pakai alkohol yang terdiri daripada arak (vodka/ wiski). Memang jumlah pengunaan dia tidak banyak sebab dah campur dengan bahan lain, cuma saya nak bertanya tentang hukum dia bila kita sembur ke tempat macam reban ayam yang banyak lalat ataupun kat tempat makanan sebab tujuan dia nak halau lalat. Macam mana tu??"

Itu adalah soalan yang dikemukakan oleh kawan aku. Aku pun sebenarnya was-was tentang penggunaan arak dalam pembuatan bahan seperti itu. Nak jawab aku tak ada ilmu. Kalau jawab takut salah sebab arak ini bagi kita, umat islam adalah najis. Kita di haramkan meminum arak kerana sifatnya yang memabukkan. Tetapi dalam perubatan ada jga ubat yang menggunakan alkohol yterdiri dari arak..

Jadi aku juga nak tahu adakah boleh atau tidak penggunaan alkohol yang terdiri dari arak vodka atau wiski ini.. Boleh seseorang terangkan hal ini??

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Monday, 14 January 2013

Preview 11 edisi jurutera - Suke Duke Duke Jurutera

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Seperti yang dijanjikan, aku nak review seorang lagi rakan blogger yang menyertai segmen ringkas aku sebelum ini. Blogger yang bertuah ini adalah seorang Bakal Jurutera dalam bidang kimia yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Pahang, Gambang. "Dekat dengan matrik aku dulu". Hehe.. Dia ni jugak satu negeri aku, Negeri Terengganu.

Nurul Farhana bt Razali

Nama pemilik blog suke duke duke jurutera ini adalah Nurul Farhana bt Razali. URL blog dia adalah http://budakhodoh.blogspot.com. Tak tahu lah kenapa dia pilih nama budak hodoh. Apabila pergi usha tadi cantik je. Tak ada hodoh pun. Hmm.. Kalau nama blog suke duke duke blog itu, aku boleh la fikir kenapa.. Sebab aku pun belajar engineering. ^_^. Memang lebih banyak duka dari suka. Hehe.

Ok. Pasal blog ini lebih baik banyak buat penambahbaikan. Terutamanya pada susunan widget di sidebar itu. Susun elok-elok dan mana yang terlebih itu baik letakkan di bahagian header atau footer. Kurangkan juga bilangan blog post kepada 2 atau 3 sahaja. Letak banyak-banyak letih orang nak scroll. ^_^. Lepas tu adjust sikit warna background supaya orang mudah baca tulisan pada post dan sidebar itu. Buat transparent nampak putih sangat lah. Lepas tu mesej pop up yang keluar apabila kita buka blog itu. Rasanya tak sesuailah. Ramai yang tak suka dengan widget itu. Baik tulis je pada sidebar kita kata-kata selamat datang.

Hmm.. itu sahaja kot. Ini cadangan je. Kalu nok ikut, boleh jugok. Try adjust mane yang sesuai. Kalau dok amboh pun takpe jugok sebab ikut citarasa diri kita. Mana yang awok rase ok tu, biar je lah. Boleh ea?? ^_^. Kandungan blog pun dah ok saya tengok.. Blog luahan hati, memang macam tu lah gaya nye.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Preview 10 edisi istimewa - DayangDeno

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kak Dayang Deno

Ini adalah blog review edisi istimewa buat seorang rakan blogger aku iaitu Kak Dayang Deno. Aku memang dah kenal lama dengan kak Dayang ini. Setiap update dia mesti aku follow. Tetapi apabila aku baca blog dia hari ini dengan teliti baru tahu. Laaa.. Dia ni lagi tua dari aku rupanya. Ingatkan lagi muda. Nampak macam tak percaya Kak Dayang ni sudah berumur 23 tahun. Patutlah ada blogger yang umur lebih kurang dengan aku sebut Kak Dayang sebelum ni. Hehe ^_^.

dayang deno

Sebenarnya saya (penggunaan saya untuk percakapan dengan kaum wanita dan orang yang lebih tua) tak sangka Kak Dayang sudi sertai blog review kali ini. Apabila Kak Dayang hantar detail yang saya perlukan itu menyebabkan saya terfikir untuk buat satu blog review yang istimewa khas buat kak. Ada sebab saya buat blog review istimewa ini, dan sebab musabat itu akan anda lihat apabila sudah berkenalan dengan Kak Dayang Deno. Jom kita kenal siapa Kak Dayang Deno ini..

Nama Penuh : Dayang Norhidayah bt Ngah
Nama Blog   : DayangDeno
Url Blog        : http://dayangdeno.blogspot.com/

Kak Dayang Deno adalah pesakit yang menghidapi SLE (Systemic Lupus Erythematosus) Lupus Nephritis ClassIV sejak dari tahun 1999. Masih dalam CAPD (peritoneal dialysis) dan masih bergantung pada ubat-ubatan. Cuba kita semua kira dah berapa tahun kak deno berjuang melawan sakit ini..... ! Ya. Betul kiraan korang tu!! Sudah 14 tahun kak deno melawan penyakit yang masih belum dijumpai penawarnya.

Masih ramai yang belum tahu apa itu SLE?? SLE ialah sejenis penyakit kronik auto imun iaitu anti bodi di dalam tubuh pesakit sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tetapi tiba-tiba berubah dengan menyerang sel badan atau organ manusia dan penyakit SLE ini sangat jarang dihidapi oleh orang ramai. SLE ini boleh menyerang organ-organ dalaman badan seperti buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, saluran darah, darah itu sendiri, dan jantung. Segala maklumat tentang penyakit SLE ini boleh didapati di sidebar blog Kak Dayang.

lupus

Dalam sakit-sakit pun kak dayang masih rajin berblog dan buat perkhidmatan tempahan doodle. Tempahan ini boleh dibuat melalui facebook Dayang Deno atau email ke pinky_deeno@yahoo.com. Inilah salah satu perkara yang membuatkan aku mengagumi semangat kak dayang. Walapun sakit, tetapi ianya tak menghalang kak dayang untuk memberikan ilmu berkaitan dengan penyakit SLE dan berkhidmat kepada masyarakat.

Ada satu entri yang aku sarankan korang baca. Apabila baca ini korang akan faham apa itu SLE dan perjalanan hidup kak Dayang selama 14 tahun ini melawan penyakit yang masih tiada penawarnya. Sila lah sediakan tisu bagi yang lembut hatinya.. Ok.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "setiap penyakit itu ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - hadis riwayat muslim

Terima kasih..salam pantai timur.

Preview 9 - Annyss Aleeya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Annyss Aleeya

Ini adalah blog review yang ketiga dan yang terakhir. Sebelum mula saya ucapkan terima kasih sebab sudi tinggalkan komen dalam blog saya. ^_^.  Kepada blogger yang telah bagi detail blog dan tidak terpilih, jangan sedih sebab saya ada kejutan kepada anda berdua. Asalnya nak jadi tegas kali ni, tetapi entah macam mana hati saya lembut hari ini. Jadi tunggulah kejutan itu. ^_^

Blog review yang ketiga ini adalah seorang blogger yang baru (baru 3 bulan bergelar blogger). Blogger ini adalah blogger negeri kelantan. Macam biasa lah apabila sebut gadis kelantan, mesti terbayang orangnya cantik dan ayu. Tak percaya gadis kelantan cantik-cantik?? Haa... Cuba tengok neelofa. Dia kan orang kelantan. ^_^. Hiss.. Merapu pulak. Balik ke topik asal.

Nama blog ini adalah Annyss Aleeya, sama seperti nama tuan punya blog ini. URL blog ini adalah http://pinkuntukaku.blogspot.com/. Sekali baca memang nampak terabur. Tetapi apabila diamati betul-betul. Perkataan itu adalah PINK UNTUK AKU. Apabila dah namanya pink. Blognya juga mesti warna pink. Senang cerita, semuanya pink. Hehe.


Tak banyak yang boleh aku katakan pasal blog ini. Blog ini adalah jenis blog peribadi. Jadi semuanya bergantung kepada tuan punya blog untuk design blog mengikut citarasa dia sendiri. Yang boleh aku komen adalah penggunaan SCM Music Player kat atas blog itu. Ada sesetengah orang suka blog yang ada music dan ada juga yang bencikannya.

Tapi bagi aku penggunaan SCM Music Player ini boleh diterima lagi la sebab senang nak detect dan tekan butang pause itu. Kadang-kadang ada orang yang gunakan player yang langsung tiada butang pause dan bersembunyi entah di mana. Dah la lagu tak sedap. Menyirap jugak lah. Nak-nak apabila kita buka tab banyak-banyak untuk buat blogwalking. Macam-macam lagu ada dalam satu masa. Pening-pening..

Jadi nasihat aku, gunalah music player seperti SCM Music Player ini sebab ada butang pause dan senang nak cari. Aku pun kadang-kadang gunakan widget music player ini apabila dah bosan dengan blog aku yang sunyi sepi ini. Ada music tak adalah boring sangat. Ya atau Tidak??

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Sunday, 13 January 2013

Preview 8 - Nieyxzha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

nieyxzha

Blogger kedua yang bertuah untuk direview oleh aku adalah Pn.Ruhasniza. Pn.Ruhasniza adalah pemilik blog yang diberi nama nieyxzha. Aku ada suruh bagi sebab kenapa aku harus memilih blog ini untuk direview. Dan jawapan yang diberi Pn.Ruhasniza adalah kerana blog nieyxzha ini lain dari yang lain. Kenapa??? Kerana ada doodle buatan tangan sendiri. ^_^. Hmmm.. agak menarik.. Jadi aku pun buat blogwalking ke sana..


First expression aku apabila datang ke blog itu adalah.. Ohh.. Blog ini rupanya milik Pn.Ruhasniza. ^_^. Aku sebenarnya dah lama follow blog ini. Dengan header yang menaik dan backgroud yang lembut itu memang menarik minat aku untuk tekan terus butang follow. Pada pendapat aku, blog ini simple tetapi cukup cantik.

Kandungan blog ini amat berguna buat ibu-ibu yang mengandung. Di sini ada diselitkan maklumat tentang kehamilan seperti Air ketuban, Kencing kotor ketika hamil, Petua memudahkan bersalin dan banyak lagi. Selain itu, ada juga Info Parenting seperti Barut bayi, Chicken pox vaccine, Kutu kepala dan lain-lain.

Last but not least, perkara yang paling menarik di dalam blog ini adalah perkhidmatan tempahan doodle, banner, header, footer, watermark dan simple blog edit dengan harga yang murah. Harga yang tawarkan hanya diantara Rm5 -Rm10. Bagi peminat-peminat doodle tu bolehlah buat tempahan dengan Pn.Ruhasniza.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Preview 7 - Cerita Ceriti Kisah Hidup Cik Siti

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cerita Ceriti Kisah Hidup Cik Siti
Blogger bertuah yang mendapat hadiah blog review dari aku adalah pengomen pertama iaitu Siti Fatimah Idris. Menurut data yang ada di dalam blog cerita ceriti kisah hidup cik siti ini, dia adalah 2nd year medical student di UKM, hehe..Umur dia sama tua dengan aku. Status plak S...... ^_+. hehe

cik siti

Bila aku duduk stalker blog dia ini, aku perasan yang kandungan blog banyak ke arah kisah hidup dan kesihatan. Kalau tak silap aku dia ni pengguna produk herbalife. Produk herbalife ini seperti yang aku tahu adalah produk pemakanan yang membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan diri. Banyak kebaikan menggunakan produk herbalife ini. Jadi kalau ada yang ingin kepastian atau pertanyaan tentang produk harbalife ini boleh tanya cik siti.

Ok.. itu dari segi kandungan blog. Dari segi penampilan blog pula.. Aku rasa sudah cukup menarik, Simple dan loading page juga laju. Tak adalah lembap seperti blog aku ini. hehe. Pengunaan widget dan susunan iklan juga amat kemas. Kalau sekali masuk, pasti tidak sesat. Hehe.. itu sahaja kot. Aku pun bukannya layak sangat untuk bagi penilaian kepada blogger yang lagi lama berkecimpung dalam dunia blog ini. "saya budak baru setahun jagung. Kalau ada salah silap itu harap diperbetulkan".

Kalau korang semua nak kenal cik siti ni boleh pergi ke blog Cerita Ceriti Kisah Hidup Cik Siti.

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Siapa Nak Blognya Di Review??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog Review

Apa nak buat dengan blog ini..?? Dari tadi duduk fikir nak update apa. Hmm.. Sambil-sambil aku tengok cerita hantu dalam tv3 ni, The Grudge aku nak bagi hadiah kepada 3 orang yang sporting hari ini. Hadiah ini bukannya dalam bentuk wang atau barang. Tetapi dalam bentuk Blog Review. "aku tak mampu nak bagi hadiah dalam bentuk lain lagi. Kalau ada rezeki insyallah aku boleh kongsi."

Cara untuk dapat kelayakan blog review ini mudah sahaja..

  1. Tulis nama penuh anda
  2. Tulis nama blog dan URL
  3. Nyatakan sebab kenapa anda patut terpilih
  4. Optional - Kalau sudi boleh bagi idea kepada aku untuk update blog ini. hehe.^_^
Hadiah ini hanya kepada 3 orang sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada orang yang paling pantas bagi komen. Satu lagi, aku hanya buat blog review ini kepada blogger yang belum pernah aku review sahaja. Korang boleh lihat senarai blogger yang menjadi pilihan aku sebelum ini di Blogger Preview. Aku buat sekali sorang bukan kerana sombong, tetapi aku buat ini sebab nak bagi peluang kepada blogger lain. Dalam dunia maya ini, ada berjuta blogger. Jadi buat apa review 2 kali benda yang sama. Setuju tak??

Terima kasih..salam dari pantai timur

Saturday, 12 January 2013

Sakitnya Final Exam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sakitnya Final Exam


Penatnya apabila 3 hari berturut-turut ada exam final. Letih satu badan. Main bola pun tak seletih ini. Apabila otak berfikir 24 jam tanpa henti dengan tidur kurang 4 jam sehari memang memenatkan. Aku lagi rela balik lambat lah dari jawab exam yang macam ini. Sekarang ini hanya tinggal satu paper sahaja lagi sebelum aku bebas dari final yang mengecewakan ini.

Nak menyesal pun dah tak berguna lagi. Aku terima je lah apa yang aku akan dapat nanti. Padanlah dengan usaha aku yang sedikit ini. Study pun last-last minit. Masa study nampak macam boleh buat. Tetapi bila masuk dewan lupa semua step. Macam ni lah jadinya kalau usaha sikit. Walaupun soalan yang masuk exam itu sebijik dengan latihan tetapi apabila lupa, Semuanya hancur..

Tapi dalam kehancuran itu kenalah fikir positif. Banyak lagi paper yang kena ambil selepas ini. Kalau ingat pada yang lepas jatuhlah moral kita. Kertas yang lain kena bagi tumpuan juga. Semua yang berlaku adalah ketentuan dari ilahi. Jika dia menghendaki kita ingat, maka ingatlah. Kalau lupa, buat macam mana pun kita akan tetap lupa. Dia lagi mengetahui apa yang terbaik buat kita. Insyallah.

Tapi kena ingat, "Berharap tanpa usaha adalah sia-sia". Kita hanya berusaha, yang menentukan adalah Allah.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Thursday, 10 January 2013

Westlife - Swear It Again

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Westlife - Swear It Again

Dalam tengah pening memikirkan exam esok, aku dengar lagu i swear dari Westlife. Lagu ni boleh dikatakan lagu klasik sebab lagu ini keluar pada tahun 2000. Maknanya sudah 13 tahun lagu ini didengari oleh kita semua. Aku amat yakin semua orang sudah mendengar lagu ini bukan hanya satu kali, tetapi berkali-kali. Walapun aku dah lama dengar lagu ini tetapi malam ini baru aku tahu kenapa lagu ini sedap didengari apabila membaca liriknya.
Hayatilah lirik dibawah :


I want to know
Who ever told you I was letting go
Of the only joy that I have ever known
Girl, they're lying

Just look around
And all of the people that we used to know
Have just given up, they want to let it go
But we're still trying

So you should know this love we share was never made to die
I'm glad we're on this one way street just you and I just you and I

I'm never gonna say goodbye
'cause I never want to see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I

I'm never gonna treat you bad
'Cause I never want to see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again
All over again

Some people say
That everything has got its place in time
Even the day must give way to the night
But I'm not buying
'Cause in your eyes

I see a love that burns eternally
And if you see how beautiful you are to me
You'll know I'm not lying

Sure there'll be times we want to say goodbye
But even if we try
There are something's in this life won't be denied
Won't be denied

I'm never gonna say goodbye
'Cause I never want to see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I I'm never gonna treat you bad
'Cause I never want to see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again

The more I know of you, is the more I know I love you,
And the more that I'm sure I want you forever and ever more
And the more that you love me, the more that I know
Oh that I'm never gonna let you go
Gotta let you know

That I
I'm never gonna say goodbye (I´m never gonna say goodbye)
'Cause I never want to see you cry (I never want to see you cry)
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I (swear it all over again, and I)
I'm never gonna treat you bad (I never want to treat you bad)
'Cause I never want to see you sad (I never gonna see you sad)
I swore to share your joy and your pain (oh no, oh no)
And I swear it all over again

All over again
All over again
And I swear it all over again

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Sujud Dengan Tama'ninah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sekali lagi saya mohon kepada Tuan guru, para ulama, ustaz dan orang yang berlimu agar menegur jikalau ada salah dan silap dalam perkongsian ini. Marilah kita saling tegur menegur dan ingat mengingati dalam mempelajari ilmu ibadat ini. Sujud dalam solat adalah rukun solat yang ke-7.

Cara Nabi Muhammad s.a.w bersujud dalam solat adalah bertakbir untuk turun sujud dengan meletakkan lutut sebelum tangan. Diantara kedua-dua tangan letakkan dahi ke tempat sujud (jarakkan sedikit). Muka (dahi dan hidung) dirapatkan ke tempat sujud dan hujung jari tangan dan kaki dihadapkan ke arah kiblat, dan hendaklah kedua-dua siku diangkat, dan hendaklah kedua-dua tangan direnggangkan dari lambung sehingga kelihatan putih ketiak, dan hendaklah perut direnggangkan dari paha dan hendaklah kedua-dua paha direnggangkan dari betis.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Aku disuruh bersujud atas tujuh anggota: dahi, dan nabi s.a.w. mengisyaratkan juga hidungnya dan kedua-dua tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua telapak kaki.

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Kepentingan Kandungan Entri Yang Berkualiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepentingan Kandungan Entri Yang Berkualiti

Masa aku awal-awal menjadi blogger dulu, entri yang aku tulis memang betul-betul bersifat peribadi. Semuanya pasal diri aku. Masa tu aku langsung tak fikir pasal orang lain baca blog ini. Yang aku fikir, aku tulis blog ini hanya untuk diri aku dan juga orang yang tersayang. Macam biasalah. entri awal-awal dulu kalau baca memang membosankan. Penulisan entri masa tu memang tak berkualiti. Sekali tengok pun dah malas nak baca. Tapi aku sayang entri-entri itu sebab ia berkisar cinta pertama aku.

"Masa mematangkan diri." Apabila masa berlalu, semakin banyak ilmu pasal dunia blog yang aku terima. Dari situlah aku belajar macam mana nak tulis entri yang berkualiti dan boleh diterima orang lain. Diterima itu bermaksud orang lain memahami apa yang kita cuba sampaikan. Tak guna tulis panjang-panjang jika orang tak faham apa yang kita nak sampaikan. Tetapi jujur aku katakan. Penulisan aku masih teruk. Belum mencapai kualiti yang tinggi.

Semakin lama kita berada dalam dunia blog ini semakin kita terasa pentingnya untuk kita menulis entri-entri yang berkualiti dan penuh dengan informasi. Kenapa aku kata macam tu?? haa.. Aku kata macam tu sebab ramai yang cari blog ini menggunakan google. Macam kita semua la. Apabila kita perlukan sesuatu, kita akan google dan cari apa yang kita kehendaki. Dalam hati mesti kita mengharapkan entri yang ditulis itu lengkap dan memenuhi apa yang kita cari kan??

Tapi apabila aku lihat balik entri-entri yang lepas, macam ada banyak yang hilang dari entri tersebut. Apa yang diorang cari itu tiada dalam entri aku. Rasa bersalah juga pada mereka. Jadi aku cuba untuk menulis selengkapnya pasal sesuatu benda. Masalahnya sekarang adalah tajuk sesebuah entri. Sampai sekarang aku masih tercari-cari cara untuk menulis tajuk entri yang betul.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wednesday, 9 January 2013

Blogwalking Untuk Mencari Kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersegmen Untuk Mencari Kawan

Mencari kawan di alam maya melalui Blogwalking

Memang tidak dinafikan, cara cepat untuk kita memperkenalkan blog kepada masyarakat adalah dengan cara Berblogwalking melalui Segmen atau Contest yang kita sertai. Apabila menyertai sesuatu segmen atau contest, perkara yang menjadi kemestian kepada kita adalah berblogwalking atau melawat blogger-blogger yang turut menyertai segmen tersebut.

Banyak kelebihan apabila kita berblogwalking ini. Antaranya adalah kita dapat mengeratkan silaturahim antara kita dengan orang lain. Saya ambil contoh yang paling senang iaitu "berjiran." Blogwalking ni sama seperti kita menegur jiran sebelah rumah. Kita tegur jiran dan berkenalan dengan mereka. Jikalau kita senyap dan dia pun senyap. Sampai bila-bila pun ikatan silaturahim itu tidak terjalin. Betul tak??

Sebab tu cara paling mudah kita nak berkawan atau mencari kawan adalah dengan buat blogwalking dan meninggalkan komen. Cara yang pantas untuk melawat blog mereka adalah dengan menyertai segmen. Aku nak ambil segmen yang sedang berlangsung sekarang ini iaitu http://www.fizgraphic.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html. Melalui segmen ini kita dapat melawat blogger-blogger mengikut negeri masing-masing.

Katakan lah korang nak cari calon isteri dari negeri Terengganu. Jadi berkenalan lah dengan mereka yang berasal dari Terengganu itu. Mana tahu terjumpa jodoh disana. ^_^. Kalau nak berkawan, singgahlah ke semua blog yang ada di situ. Dalam ramai-ramai itu mesti ada yang sudi berkawan dengan kita. Apabila ada kawan dalam dunia blog, kita update blog pun terasa gembira.. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Wordless Wednesday - Panggilan Waktu Subuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Panggilan Waktu Subuh
"as-salatu khayrun min an-naum". (solat itu lebih baik daripada tidur)

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.


Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tuesday, 8 January 2013

Doa Sebelum Mula Belajar


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

study

Perkara yang paling tidak digemari oleh seorang pelajar adalah mengulang kaji pelajaran. Betul ke tidak?? Kalau korang setuju, maknanya pemikiran kita memang sama. Biasanya masa last-last minit macam ni lah baru semua gelabah untuk study. Masa ni hati pun dah mengelabah dan tidak tenang sebab esok dah nak exam, malam ni baru buka buku. Memang huru-hara.

Apabila kelam kabut, baru mencari cara-cara untuk study last-last minit. Paling senang, buka internet dan taip "cara nak study last-last minit." Macam-macam cara yang diajar kat dalam tu. Contohnya, pertama kena berdoa kepada Allah. Berdoa meminta pertolongan Allah penting sebab kadang-kadang kita lupa apa yang kita pelajari itu. Jadi berdoalah kepadanya agar dibukakan pintu-pintu hikmat dan dilimpahkan khazanah-khazanah-nya.

Doa Sebelum Mula Belajar
Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan 
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha 
Pemurah lagi Maha Penyayang.

Yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya adalah cara-cara untuk kita belajar secara cepat dan pintar. Nak tahu??.. Tanyalah sendiri pak cik google. Pasti banyak tunjuk ajar yang diberinya. Ambil lah cara yang paling sesuai dengan diri kita.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Monday, 7 January 2013

Giveaway Mialiana.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Mialiana.com 

Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum Giveaway pertama ini ditutup. Jadi aku nak ambil peluang ini untuk merebut hadiah yang menarik iaitu Pendrive Sony 4GB. Penyertaan tutup adalah pada 10 januari 2013. 3 hari sahaja lagi kan?? Ambe kate doh tadi dok caye.. Cube kire gok berapa.

Semenjak 2 menjak ni, entri-entri aku memang banyak berkaitan dengan segmen atau giveaway. Hmm.. kalau kata tak nak hadiah tu memang tipulah sebab antara yang menjadi penarik untuk aku menyertai giveaway ini adalah hadiah itu sendiri. Pendrive 4GB tu.. Siapalah yang mudah-mudah nak bagi ke kita ni. "Kalau suruh abang kita belanja pun belum tentu dia beli ke kita. Kalau beli pun mesti penuh dengan syarat." Paling-paling koman( biasa ) pun adalah "psss.. Jangan bagitahu emak abang ada makwa baru ya.".  Tu paling biasa la.. hehe. ^_+. Smile... Smile... Smile...

Tapi biasalah, apabila dapat title abang tu. Nak tak nak kita akan cuba penuhi permintaan adik-adik kita itu. Macam aku la, Abang long. Aku biasa buat tak layan je permintaan adik-adik aku sebab aku suka bagi kejutan kepada mereka. Adik-adik lelaki tak banyak sangat mintak, yang biasa mintak adalah adik perempuan. Nak itu nak ini. Pening. Dah namanya perempuan. Sabo je la.

Kalau aku buat entri pasal abang ni memang panjang. Lari dari topik pulak nanti. Baiklah.. Aku paling suka entri http://www.mialiana.com/2012/11/exabytes-permohonan-100-blogger-ads.html di Mialiana.com kerana dari situlah aku kenal Exabytes. Aku ada minta juga permohonan 100 blogger ads itu tetapi tidak berjaya kerana tidak memenuhi traffik yang dikehendaki. Jadi aku duk explore dan explore lagi sehinggalah aku dapat sesuatu iaitu Angle Affliate. Tu yang ada ads exabytes kat sebelah kanan blog ini. Kalau korang nak beli domain baru, Tekanlah ads itu.

Cukup dah kot. Panjang dah ni. Lenguh korang semua nak baca. Jadi aku nak tag 3 kawan baik aku dalam dunia maya ini iaitu Hazirah, Nabila Biela dan AimiSyahirah..

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Korn, Aku Minta Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Entri ini adalah untuk ucapan maaf kepada rakan blogger aku kerana link blog dia terpaksa dipadamkan dari senarai bloglist aku. Demi menjaga blog ini dari sebarang serangan malware, aku terpaksa padam entri dan juga URL daripada blog tersebut.

Aku pun tidak tahu macam mana boleh ada malware itu, tetapi aku harap korn cepat-cepat selesaikan masalah ini sebelum ia benar-benar menjejaskan orang lain. Aku ada contest dan segmen yang sedang berjalan. Jadi harapnya korn faham perkara ini.


Mengelabah juga aku awalnya sebab tak jumpa link blog tersebut. Jadi aku ambil keputusan untuk delele segala yang berkaitan atau menjurus kepada URL tersebut. Maaf sangat-sangat sebab entri pasal kemenangan korn dalam Battle royale sebelum ini terpaksa dipadamkan.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Sunday, 6 January 2013

Jom Sertai Projek Bloglist 2013 MQ-Network

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pada awalnya ingatkan Projek Bloglist ini adalah seperti biasa-biasa sahaja, tetapi apabila sudah membaca keseluruhan entri MananQayyim baru tahu Projek ini memang Awesome. Projek Bloglist 2013 adalah satu projek untuk mengumpul sebanyak 300 blog bagi dihimpunkan dalam satu portal bagi memudahkan kita melihat entri-entri terbaru dalam satu tempat.

Bunyinya macam segmen biasa sahaja kan? akan tetapi...


1) Blog anda akan dipaparkan dalam muka utama portal "MQ Network" mengikut kategori - network.mananqayyim.com
2) Blog anda akan dipaparkan di setiap page blog MananQayyim - www.mananqayyim.com
3) Setiap blog yang menyertai akan direview dalam MQ Network.
4) Entry blog menarik akan dipaparkan dalam post utama MQ Network (Tambahan).


Kalau ada yang tak faham atau berminat untuk join projek ini. Silalah ke Blog Manan Qayyim

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Segmen : Saya Blogger Negeri Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tekan Banner untuk join

Dah lama tak join segmen sebegini, Segmen blogger dari negeri mana?. Bagus jugak Apit buat segmen ini sebab nanti senang nak kenal kita semua ni datang dari mana. Kalau aku ni memang automatic orang dapat tahu aku budak Terengganu sebab terpapar besar Blogger Terengganu kat atas header tu.

 Tahun Melawat Terengganu.
Kalau semua nak tahu, 2013 adalah Tahun Melawat Terengganu. Terengganu mensasarkan 4 juta pelancong datang ke sini pada tahun ini. Memang banyak tempat menarik yang patut dikunjungi apabila korang semua berada di sini. Antaranya adalah seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Kolam Air Panas Kampung La, Lata Belatan dan macam-macam lagi lah. Kalau nak sebut satu-satu memang banyak.

Itu belum masuk bab makanan lagi. Makanan yang paling famous kat Terengganu adalah Keropok Lekor dan Nasi Dagang. Kalau nak merasa keropok dan nasi dagang yang betul-betul sedap bolehlah datang ke Terengganu ini. Mungkin tempat lain ada nasi dagang yang hampir sama rasanya dengan di Terengganu, tetapi tiada satu tempat pun keropok lekor yang rasanya sama dengan yang ada di Terengganu. Hanya di Terengganu korang boleh menikmati kesedapan keropok lekor yang sebenarnya.

Jadi datanglah ke Terengganu untuk menikmati keindahan Alam, kesedapan makanan dan melawat tempat-tempat yang bersejarah. Pasti tidak mengecewakan anda semua.

Link - Pelancongan Terengganu.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 5 January 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog pendidikan buat blogger 

Pendidikan di dunia nyata biasanya datang dari sekolah, kolej ataupun universiti. Itu di dunia realiti. Di dunia fantasi atau alam maya ini, kita belajar daripada orang lain melalui article-article, entri daripada blog dan sebagainya.

Apabila menjadi seorang blogger, kita perlulah mencari seorang guru yang boleh memberikan panduan dan rujukan dalam selok belok dunia blog ini. Sepertimana juga dalam islam, kita tidak digalakkan mempelajari ilmu tanpa guru. Dikhuatiri terdapat kesilapan dalam memahami ilmu yang kita pelajari itu.

Penting juga kita berguru dalam ilmu blog ini sebab ada banyak perkara yang kita perlu tahu sebelum kita tulis sesuatu. Kita tidak boleh main tulis sahaja sebab ramai orang yang membaca apa yang kita katakan itu. Walaupun kita kata blog kita ni tidak ada orang pun yang datang, tetapi ingat!! Suatu hari nanti pasti ada orang yang akan membaca atau terbaca entri kita itu.

Jagalah kata-kata kita daripada menfitnah orang kerana buruk padahnya nanti. Dosa dengan Allah kita boleh mohon ampun dengannya.Tetapi jika menabur fitnah, dosa itu adalah diantara manusia. Malanglah nasib kita di akhirat jika orang yang kita fitnah itu tidak mahu memaafkan diri kita.

Jadi carilah seorang guru buat diri kita. Cadangan aku, ikutlah blog En.HasrulHassan sebab banyak ilmu tentang dunia blog yang dia kongsikan. En.HasrulHassan menjadi panduan kepada aku untuk menulis entri bagi blog ini. Blog juga En.Hsarulhassan adalah blog pendidikan buat blogger yang baru berkecimpung dalam dunai blog ini.

Blog INFINITY adalah blog peribadi milik MOHD LOKMAN BIN RAMLI yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, ilmu dan juga meluahkan perasaan.

Tarikh tutup untuk join segmen ini ialah pada 9 Januari 2013.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Friday, 4 January 2013

Memahami Hati Orang Lain Lebih Susah Dari Memahami Ilmu Pelajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memahami Hati Orang Lain Lebih Susah Dari Memahami Ilmu Pelajaran
Dunia ini luas, tetapi dimanakah orang yang betul-betul memahami diri ini? 

Susahnya nak mencari orang yang memahami kita. Kalau mencari sepanjang hayat kita pun belum tentu jumpa orang yang betul-betul memahami diri kita. Hmm.. "Sunyi rasanya hidup ini apabila tiada orang untuk kita berkongsi masalah." Sedih rasanya apabila kita mula berbicara, orang yang kita harapkan itu hentikan luahan hati diri kita.

Setiap kali luahan hati itu tidak kesampaian, terdamparlah ia di suatu sudut hati ini. Menanti masa yang sesuai untuk diluahkan. "Masa berganti masa. Hari berganti hari." Apa yang terdampar itu sudah pun mula mereput dimakan oleh kepercayaan yang semakin rapuh. Kenapalah tiada orang yang memahami diri ini?

Aku hidup dengan persoalan ini, tetapi aku lupa sesuatu. Aku terlupa bahawa Allah sentiasa ada untuk aku. Dia lebih memahami diri aku yang penuh dengan rahsia dan rintihan ini. Dia menjadikan orang lain tidak memahami diri kita supaya diri kita sentiasa dekat dengannya. Allah memberikan banyak dugaan dan cubaan kepada kita supaya kita sentiasa ingat padanya. Jika kita tak berfikir kenapa tiada orang memahami kita, sampai bila pun kita tidak bersyukur akan nikmat islam yang diberikan kepada diri kita.

Dunia ini luas, tetapi dimanakah orang yang betul-betul memahami diri ini? Cuba kita pandang ke atas dan berdoa. : 
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun.
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Arasy yang agung
Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan Langit dan Tuhan Arasy yang mulia."

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Thursday, 3 January 2013

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE untuk SIARAN JEMPUTAN TV3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tawaran ini telah ditutup.. Harap maklum.



MODEL MUSLIMAH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE untuk SIARAN JEMPUTAN TV3

"Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa." Malam ini aku nak tolong kak Norzi dalam Mencari Model bagi menggayakan pakaian Norzi Beautilicious House di dalam segmen Pihak TV3. Bagi siapa yang rasa dirinya berbakat dalam bidang modeling, bolehlah menghantar RESUME ke
Email : norzibeautilicioushouse@gmail.com

Pencarian ini ditutup pada 5 Januari 2013, jam 2 petang.




CIRI -CIRI MODEL MUSLIMAH yang dicari
Ketinggaian 160cm dan ke atas, tetapi boleh dirunding dengan kak norzi kalau tak cukup tinggi
Bertudung

Sila kepilkan bersama maklumat berikut :

NAMA           :
ALAMAT       :
NO TEL         :
UMUR           :
BERAT          :
TINGGI         :
PENCAPAIAN /PENGALAMAN  :
2 keping gambar full

Pihak Norzi Beautilicious House akan menghubungi anda sekiranya terpilih dan berbincang lebih lanjut mengenai terma dan syarat.


Admin
Norzi Beautilicious House
whatsapp 019 3177872

Terima kasih..salam dari pantai timur,

Bestnya Dapat Kerja Yang Kita Minati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bestnya Dapat Kerja Yang Kita Minati

"Find a job you love and you will never work a day in your life. " - Confucius

"This quote means that if someone finds a job that they enjoy and love, it will never feel like they are doing work. The term "work" has a negative connotation, thus, if one finds a job that they enjoy having it will not feel like they are working at all because they will find joy in what they do everyday."

Dalam Bahasa Malaysia, Kata-kata Confucius bermaksud jikalau seseorang itu menemui kerja yang dia suka, dia akan terasa dirinya tidak buat kerja. Tak buat kerja itu bermaksud, dia tidak akan berasa dirinya sedang berkerja kerana seronok dan suka dengan apa yang dibuatnya. Alangkah untungnya jika dapat kerja yang betul-betul sesuai dengan kehendak diri kita.

Tetapi dari segi realitinya, tak semua dapat kerja yang dikehendaki. Kebanyakannya terpaksa memilih kerja yang lain dari prospek pembelajaran kerana terlalu banyak persaingan dengan orang lain. Masa sekarang tak sama seperti dulu. Sekarang ni ramai orang yang bijak. "Bijak mengambil peluang." Sekarang ni semua orang main cable/orang tengah. Nak mintak kerja pun guna cable. Walaupun cara ini nampak kurang adil, tetapi inilah realiti dunia sekarang. Orang yang betul-betul bijak bukannya orang yang dapat pointer 4.0, tetapi orang yang bijak adalah orang yang pandai ambil peluang untuk hidup di dunia ini.

Terima kasih..salam dari pantai timur

I'tidal Dengan Tama'ninah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Seperti biasa sebelum mula saya ingin minta kepada tuan guru, ustaz atau para ulama diluar sana untuk menegur saya jikalau ada salah dan silap di dalam perkongsian ini. Kita sama-sama belajar, jadi tegurlah yang mana salah.

I‘tidal selepas ruku‘ adalah rukun solat yang ke-6. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.


Mengenai I’tidal, Tama’ninahnya ialah sekadar berdiri tegak sahaja. Ini disebut dalam hadith riwayat Imam Ahmad. Itu sudah cukup memenuhi rukun tuma’ninah.


‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن آدم ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عامر بن يساف ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن أبي كثير ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن بدر الحنفي ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏‏ صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لا ينظر الله إلى صلاة رجل لا يقيم صلبه بين ركوعه وسجوده

Meriwayatkan dari Yahya bin Adam meriwayatkan Amir bin Yusaf meriwayatan dari Yahya bin Abi Kathir dari Abdullah bin Badar Al-Hanafi dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada solat seseorang yang tidak menegakkan tulang sulbinya di antara ruku' dan sujudnya." (Hadith Riwayat Ahmad dengan isnad sahih)

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 2 January 2013

Video Sambutan Ambang 2013 Di Dataran Kemerdekaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambutan Ambang 2013

Pada permulaan Tahun Baru 2013, kita semua dapat melihat satu perubahan yang amat besar dalam cara kita menyambut tahun baru. Perubahan cara sambutan yang aku katakan ini adalah Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013.

Aku buat entri ini bukannya sebab politik.. Tidak sama sekali ya.!! Tetapi aku nak kita berfikir dan memilih apa yang terbaik buat diri kita sendiri. Menjelang tahun baru, macam-macam sambutan yang diadakan pada malam 31 December.. Cuba lihat disini senarai sambutan tahun baru yang diadakan di negara kita.

Dalam banyak-banyak program tersebut ada terselit Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013.. Program ini menggunakan pendekatan baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Tak sangka aku, rupa-rupanya ramai orang kita yang amat dahagakan ilmu agama. Kalau tidak, tak kan program ini dapat menarik seramai 140 ribu orang dari pelbagai lapisan masyarakat untuk membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Ustaz Azhar Idrus, Pierre Andre dan Kamal Adli Di ambang Malam Tahun 2013


 Diana Amir Sajak Untuk Sahabat Di ambang Malam



Sambutan Ambang 2013 Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI), Wan Zack Haikal dan Nasha Edziera 



Ulama' dunia dari syria, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni memberi ucapan dan diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim



Ustaz Azhar Idrus ,Ustaz Haslin dan Dato Malek Noo



Ambang malam Tahun Baru 2013 dengan alunan asmaul husna bertempat di dataran kemerdekaan shah alam selangor.



Inilah sambutan tahun baru yang berunsurkan islamic dan dakwah yang aku katakan itu. Jikalau dari dahulu lagi program seperti ini dilakukan pada tahun baru atau malam merdeka pasti lagi ramai orang yang datang. Disamping kita bersuka ria menyambut tahun baru, kita juga mendapat ilmu dari soalan-soalan yang tidak pernah terfikir pun akan hukum hakamnya. 

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hadis. Bukhari Muslim)


Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wordless Wednesday - What the future holds for us

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bandar masa hadapan

bandar di tahun 2020

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Tuesday, 1 January 2013

Tips Study Last-Last Minit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Agak-agak ini boleh dijadikan alasan tak study tak ea??? Alasannya adalah tak dapat tahan godaan daripada menggunakan laptop untuk main game, layan facebook, tulis blog dan sebagainya. hehe.. Rasanya kalau kata macam ni depan mak ayah mesti dah kena sepak terajang kan?.

Inilah masalah biasa bagi budak-budak U. Aku pun sama jugak. Jadi aku nak kongsi tips untuk study last-last minit. Tips ini aku ambil dari blog Ashraf Jalil.

  1. Pastikan diri anda dibebaskan dari masalah dunia yang lain terlebih dahulu : Masalah cinta, masalah penghutang tak bayar hutang dan segala masalah yang boleh diketepikan haruslah diketepikan terlebih dulu. Ini adalah untuk memastikan minda kita berada dalam keadaan fresh dan tip top untuk study laju-laju. Dalam kepala anda, exam adalah elemen yang perlu diutamakan.
  2. Plan (Jadual study) : Pelan macam mana nak habiskan topik-topik tertentu dalam jangka masa yang ditetapkan.
  3. Focus : Focus untuk study adalah sangat penting bagi menjimatkan masa kita mengulangkaji pelajaran. 
  4. Family + Tuhan : Banyak-banyak kan berdoa kepada Allah agar diberikan kemudahan dalam memahami apa yang dipelajari dan minta restu dari ibubapa untuk jawab exam dengan tenang.
  5. Rest : Dalam kita study, jangan lupa untuk berehat sekurang-kurangnya 4 jam sehari. Badan kita ni bukannya mesin yang berjalan tanpa henti.

Terima kasih..salam dari pantai timur

Advanced Technology 2013 - Google Smart-Glasses

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Google Smart-Glasses


Google mendedahkan bahawa "Project Glass," yang mengambil semua fungsi telefon pintar dan meletakkan ia ke dalam satu cermin mata adalah sesuatu projek yang telah diusahakan oleh pasukan kecil jurutera Google selama lebih dua tahun. Cermin Mata ini menggunakan Kanta yang jelas untuk memaparkan apa-apa saja dari mesej teks, peringatan, carta video dan peta dengan giliran demi giliran arahan. Mereka juga mungkin mampu mengambil gambar dan video melalui arahan suara mudah mengikut kepada konsep Google yang dikeluarkan awal tahun ini.

Jom ikuti Video dibawah ini untuk melihat dengan jelas paparan penggunaan Google Smart Glasses.



Baca lebih lanjut: http://techod.com/new-technology-2013/ 

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Melangkah Ke Tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Melangkah Ke Tahun 2013

Ini adalah entri pertama bagi Tahun 2013. Tak sangka umur aku dah masuk 22 hari ini, itupun kalau ikut tahun. Kalau ikut IC aku masih 21. Hehe.. Muda lagi. Untuk tahun 2013 ini, perancangan blog aku masih tak berubah seperti dulu. Aku akan update blog ini bertemakan luahan hati aku dan perkongsian ilmu pengetahuan.

Emm.. Apa lagi ya.. Aku juga akan cuba habiskan apa yang aku dah mulakan dulu seperti perkongsian ilmu dalam Asmaul Husna dan juga Solatku. Aku buat ini buat diri aku sendiri disamping berkongsi dengan kawan-kawan semua.

Entri-entri ilmu sebegini memang agak susah nak ditulis kerana satu sebab sahaja iaitu " MALAS ". Entri-entri lain laju sahaja kalau nak tulis tetapi apabila masuk bab-bab macam ni rasa macam agak berat nak tulis. Jadi tahun ini aku nak buang rasa malas itu dan habiskan ilmu tersebut secepat mungkin.

Selain itu, mungkin aku akan buat entri-entri pada hari tertentu seperti hari Rabu (Wordless Wednesday), Jumaat (Mutiara Kata) dan entri-entri biasa pada hari-hari lain. Kita tengok dulu lah macam mana keadaannya sebab aku tak putuskan lagi perkara ini.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...