OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 28 February 2013

Universiti Teknikal Dipandang Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Universiti Teknikal

Sepertimana yang korang semua tahu, aku sekarang sedang belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sudah 3 tahun aku belajar disini tetapi, baru sem ini aku tahu kenapa wujudnya nama teknikal itu. Dalam salah satu subject yang aku ambil sem ini ada seorang lecture yang benar-benar rajin dan ikhlas mengajar kami hingga membuat kelas praktikal yang tiada pun dalam jadual kelas.

Batch aku adalah batch pertama belajar dengan silibus yang baru. Kalau sebelum ini pengiraan markah adalah 40 final dan 60 coursework tetapi sekarang dah bertukar kepada 50/50. Bab pengiraan markah memang tak boleh buat apa sebab itu syarat untuk ijazah bagi pelajar UTeM diiktiraf. Cuma sekarang ni sayang sebab praktikal itu sudah dikurangkan.

Lecture kata dulu setiap subject ada lab atau praktikal. Kiranya lepas belajar ada lab la. Sekarang lab itu hanya satu kali seminggu. Semasa buat praktikal hari itu, aku ada baca lab sheet untuk pembelajaran tersebut. Dan... Dari apa yang aku nampak, cara dulu memang sangat best.

Praktical yang aku buat sebelum ini adalah berkenaan dengan generator dan motor. Dalam lab sheet itu semuanya lengkap. First, pelajar kena kenal pasti setiap bahagian motor yang ada. Lepas dah kenal tu kami buat litar untuk menggerakkan motor tersebut. Setiap bacaan dan setiap apa yang berlaku pada motor itu seperti berputar dengan laju, perlahan dan mengeluarkan bunyi sampai ada diantara kami tak berani duduk dekat.. Semuanya kami perhatikan. Kiranya teori yang kami belajar dalam kelas semuanya terpakai dalam praktikal ini. Jadi kami tahu sama ada jika kurangkan voltage apa yang akan terjadi. Begitu juga sebaliknya.

Itu adalah pengalaman aku semasa membuat praktikal yang boleh dikatakan sangat membantu pelajar untuk memahami teori. Jika belajar teori sahaja bukannya faham sangat pun. Duduk dalam kelas, dengar, pastu tidur. Dengan praktikal macam ni boleh nampak juga dimana aplikasi teori tersebut. Tak la mengantuk.

Satu lagi, belajar praktikal memudahkan kita untuk bekerja sebab nanti apabila masuk alam perkerjaan kita kena berurusan dengan mesin yang sebenar. Jika kita sudah tahu apa perangai mesin masa belajar ni nanti tak adalah bos nak marah-marah. Bos kata " Apa yang universiti ko ajar sampai motor baru start berpusing ko dah lari jauh??".  Haaa.. macam tu.

Jadi korang semua setuju tak yang praktikal itu sama pentinganya dengan teori ????? ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur



Wednesday, 27 February 2013

Perkhidmatan Fotografi Perkahwinan Dari Dc Photography

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Perkhidmatan Fotografi Perkahwinan Dari Dc Photography

Dc photography adalah satu Kumpulan Photography Professional yang menawarkan perkhidmatan fotografi dan videography terutamanya di sekitar lembah kelang, shah alam, hulu langat, putrajaya dan seluruh malaysia kecuali sabah dan serawak. Perkhidmatan ini bukan terhad untuk perkahwinan sahaja malahan boleh ditempah untuk Majlis Pertunangan, Konvokesyen dan lain-lain.

Menariknya servis ini adalah untuk satu acara atau majlis. Seperti contoh, majlis nikah dan sanding. Walaupun kedua-duanya berlangsung pada hari yang sama tetapi ia dikira 2 majlis. Setiap majlis ada 2 pakej yang tersendiri. Selain itu, Dc photography juga menawarkan kemudahan bayaran secara ansuran. Cara bayaran ansuran adalah seperti ini.

Sebagai contoh, " Sekarang ini bulan 2 dan majlis perkahwinan saya akan berlangsung pada bulan 6 nanti. Saya perlu booking tarikh perkahwinan saya pada bulan 6 nanti terlebih dahulu dengan bayaran deposit minimum Rm400. Jadi bulan 3, 4 dan 5 nanti boleh lah bayar ansur-ansur sampai hari yang ditempah( tarikh booking ). Sebelum sampai tarikh booking saya mesti sudah buat bayar bayaran penuh( full payment ).".

Apa yang paling penting disini adalah kita dapat Booking Tarikh. Amalan rakyat di Malaysia biasanya mengadakan majlis-majlis pertunangan, persandingan dan perkahwinan di waktu cuti sekolah. Pada waktu ini  permintaan perkhidmatan fotografi laku macam gorang pisang. Semua berebut untuk tempah tarikh. Suasana pun jadi kecoh dan tegang. Bagi mengelakkan kekecohan itu saya sarankan buat tempahan seawal mungkin.

Untuk tempahan atau pertanyaan harga..

Boleh emailkan ke : dcphotography2416@gmail.com
atau pergi ke facebook page : Dc-Photography

Atau hubungi terus..


Ini adalah di antara hasil kerja Dc Photography



















Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Dc Photography

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dc Photography

Dc Photography

Perkahwinan adalah peristiwa yang amat manis bagi kita semua. Dihari ini kita diijab kabulkan bersama pasangan yang kita cintai. Dan sudah pasti disetiap saat ini kita tidak mahu lupakan apa yang berlaku. Kalau boleh setiap saat yang berlalu itu kita hendak rakam. Tetapi macam mana nak rakam kalau pada hari itu kita tak boleh nak pegang kamera pun.. ^_^. Hehe.

Pasti kita rasa rugi dan menyesal kalau tak rakam atau tangkap gambar pada hari tersebut. Betul tak? Yang jawab tidak itu aku tabik sebab ingatan dia sangat power sampai gambaran yang jelas secara detail tersimpan di dalam fikirannya. Tapi bagi manusia biasa seperti aku ini yang sering kali lupa, aku perlu cari seseorang yang boleh mengabdikan memori pada hari yang bersejarah itu dengan begitu jelas dan cantik.

Hmm.. tapi siapa dia??

Haa.. Hari ini aku nak perkenalkan kepada korang semua dengan satu kumpulan photography terbaik di lembah kelang iaitu Dc Photography. kumpulan ini menawarkan pakej fotografi yang sangat berbaloi. Apa yang berbaloi sangat itu....?

Nantikan sambungan entri aku selepas ini....

sementara tunggu tu apa kata klik link dibawah dan pergi ke laman rasmi Dc Photography

http://www.facebook.com/pages/Dc-Photography/176044815786348

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Demi Anak Yang Lapar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Demi Anak Yang Lapar


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Sunday, 24 February 2013

Ayat Pendek Buat Pembaca Pening

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ayat Pendek Buat Pembaca Pening

Bertemu kembali kita disini. Hehe. Malam ni aku nak buka topik penulisan dalam blog. Penulisan bahasa malaysia ada beberapa subtopik tetapi disini aku nak tekankan penggunaan bahasa pendek atau short form dalam blog. Dari mula-mula aku start buat blog hingga lah ke hari ini, aku dah jumpa banyak blog yang menggunakan ayat pendek. Bukan setakat satu dua ayat je, tetapi keseluruhan penulisan dia itu di dalam ayat pendek.

Apa itu ayat pendek?? Haa.. Contohnya macam ini. " Aku masih tggu cinta sejati dtg utk menghilangkan kesunyian dlm diri ini " atau " Aku cri prmpuan bukan utk dijadikan tmn wnita ttpi yg aku cari adlah sorg isteri." Bahasa yang selalu kita gunakan semasa bermesej itu laa.. Kan, kan? Hehe..

Aku sebenarnya kurang meminati ayat-ayat pendek sebab tak faham apa yang dia tulis itu. Kadang-kadang sampai kena mintak kawan tolong terjemahkan apa yang dia tulis. Maaf ya kepada yang terasa tetapi aku benar-benar tidak suka pendekkan perkataan.

Biasanya aku akan membaca tajuk setiap update terbaru blog di dashboard setiap hari dan jikalau tajuk itu menarik aku akan terus pergi ke blog tersebut. Banyak kali sesetengah blog menampilkan tajuk yang menarik tetapi aku baca hanya sekali imbas seperti membelek surat khabar. Kenapa? sebabnya kerana blog tersebut menggunakan ayat pendek.

Bayangkan entri blog tersebut dah la panjang lepas tu nak baca satu persatu dan cuba memahami. Bukan kah itu kerja yang menyusahkan? lebih baik aku baca blog orang lain. Jimat masa dan cepat faham apa penulis ingin sampaikan. Setuju tak?

Tapi... Dunia blogger ini sangat luas. Tujuan blogger menulis blog juga berlainan. Tak kisahlah macam mana gaya dan cara penulisan itu asalkan kita rasa puas hati dan gembira. Jikalau kita menulis untuk diri kita, jangan ambil kisah apa orang nak cakap. Tetapi kalau menulis untuk orang lain, cubalah buat yang terbaik..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 23 February 2013

Jangan Berhenti Setengah Jalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

naruto wallpaper, never give up, strong heart

Aku ni macam budak-budak je asyik gunakan gambar anime untuk sampaikan sesuatu. Padahal kat dunia luar ni orang sering gelar aku pak cik sebab aku ada misai dan janggut. Kalau tengok muka aku masa tu macam dah berumur antara 30 hingga 40 an. Ketaranya peningkatan usia itu sampai rakan-rakan aku kata aku ni dah ada cucu 8 orang. Isteri pulak empat. Kalau berlaku adil dapatkan angka itu. Hahaha.. Orang perempuan jangan marah ea.

Apa yang aku cuba sampaikan malam ini adalah suatu ayat yang biasa didengar dalam siri anime Naruto, Bleach, Onepiece dan banyak lagi lah. Ayat ini sangat bagus jika diikuti oleh kanak-kanak, remaja, orang dewasa malahan orang tua sekalipun. Ayat ini adalah " Never Give Up ". Atau dalam bahasa malaysia " Jangan Berputus Asa ".

Aku sebenarnya buntu idea buat masa ini. Selepas bercuti selama sebulan, aku dah tak ada idea nak tulis apa dalam blog ini. Jadi aku join segmen itu dan join segmen ini untuk terus update blog. Tetapi kalau asyik join segmen terasa tak ada makna buat blog ini. Aku buat blog ini atas dasar perkongsian ilmu dan luahan hati. Jadi takkan nak biarkan segmen je memenuhi ruangan blog Infinity.

Kebuntuan aku berterusan sehinggalah petang tadi apabila aku bercakap dengan anak sepupu aku. Dari situ aku dapat sesuatu iaitu walaupun susah, walaupun kita rasa berputus asa dengan apa yang kita lakukan. Jangan sesekali berhenti dari buat perkara itu. Walaupun orang kata " ko ni tak ada benda lain ke nak cerita ", teruskan dengan apa yang kita buat itu. Sebab apabila kita tinggalkan perkara itu susah untuk kita kembali kepadanya.

Macam aku sekarang ni laa.. Sekali aku tinggal menulis blog. Idea itu terus hilang. Perasaan atau feeling seperti dulu itu semakin berkurangan. Bukan hilang semuanya tetapi kurang je rasa nak update blog setiap hari. Itulah susahnya apabila kita tinggalkan sesuatu yang hari-hari kita buat. Itu belum masuk bab ponteng sembahyang lagi. Kalau hari-hari ponteng, nak sembahyang pun rasa malas..*ingatan untuk diri sendiri

Jadi apa kaitannya dengan jangan berputus asa?? Kaitannya adalah kita teruskan apa yang kita lakukan itu walaupun ianya tidak sehebat dulu. Buatlah perlahan-lahan atau selangkah demi selangkah. Biarlah kita jatuh seketika asalkan tidak jatuh selama-lamanya..^_^. So, never give up!!

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 





Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cepat-cepat.. Siapa lambat dia rugi. Haaa.. Tertanya-tanya apa yang rugi kan?? Baca entri dari Kak Mialiana di bawah...

"

Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...                                     "

Terima kasih..salam dari pantai timur.                                   

Friday, 22 February 2013

(Blog) Mari masuk henfon PCL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Rasanya dah terlambat untuk menyertai segmen ini iaitu (Blog) Mari masuk henfon PCL. Tetapi aku nak juga cuba nasib sebab mana tahu dengan budi bicara PCL penyertaan aku ini diterima. Hehe. Tak ada banyak perkara yang aku nak cakap pasal segmen ini sebab tujuannya sudah terang lagi tersuluh iaitu nak tengok rupa blog kita semua dalam handphone PCL.

Selain itu tujuan segmen ini adalah untuk mempromosikan blog beserta linknya. PCL akan memilih beberapa blog dan gambar blog yang terpilih akan dipaparkan dalam entri PCL yang seterusnya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Harlem Shake Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sekarang ni dalam Youtube heboh pasal satu tarian yang datang selepas Gangnam Style iaitu Harlem Shake. Aku sebenarnya tak tahu sama ada Harlem Shake ini boleh dikategorikan sebagai tarian atau pun tidak sebab macam tak ada seni langsung dalam tarian ini. Gerakkan awal tarian ini sangat-sangat tidak sesuai untuk menjadi ikutan kanak-kanak.

Kalau korang tak tengok lagi boleh tekan video di bawah. Aku tengok orang malaysia buat Harlem Shake pun jadi malu sebab aku tengok macam orang dalam hospital bahagian sakit mental je. Maaf sebab bahasa yang kasar tetapi itulah yang aku boleh katakan.



Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wednesday, 20 February 2013

Butik Online Izzell Hijabista

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Izzell Hijabista

Malam ni aku nak memperkenalkan Kedai Pakaian Perempuan Online/Butik Online baru yang menampilkan kawan blogger kita iaitu Anis Athia. Siapa tak kenal dia ni kan? Aku pasti semuanya kenal Anis, pemilik Blog Anis Athia. Kalau yang tak kenal tu, singgah-singgah lah ke blog dia.

Butik Online ini diberi nama Izzell Hijabista. Selepas usha tadi dapat tahu juga disini ada jual Tudung Nur Kasih dan Kain Digital seperti KOLEKSI ITALIAN DIGITAL STONE dan KOREAN SILK DIGITAL 6D. Dari segi penilaian aku sebagai anak tukang jahit, kain digital itu cukup cantik. Itu pandangan aku la, kalau tak setuju tu jangan marah. Tetapi sebelum marah, apa kata lihat dulu gambar-gambar di bawah. Selepas tu kalau nak kata tak cantik tu.. Kata lah sebab tak ada orang boleh marah.

TUDUNG MARJANI NURKASIH


ITALIAN DIGITAL STONE






Dan banyak lagi lah... Kalau bagitahu semua tak menaik lah pulak. Jadi bagi sesiapa yang berminat tu boleh lah pergi ke Butik Online Izzell Hijabista

Terima kasih..salam dari pantai timur.


HaniFajar Collection Mini Contest Peplum

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

HaniFajar Collection

HaniFajar Collection Mini Contest Peplum

Duduk jalan-jalan kat alam maya ini terpandang satu Contest yang dianjurkan oleh rakan blogger kita iaitu Cik Lily Erliyani. Cik Lily Erliyani mengadakan contest peplum yang cukup simple. Tak perlu buat entri dan sebagainya. Hanya perlu pergi ke HaniFajar Collection dan

Like, share dan comment:
"Saya suka peplum HaniFajar Collection kerana ......."

*Tarikh tutup contest: 21 February 2013 (10 pm)
* Pastikan anda "public" kan wall post anda agar  Cik Lily Erliyani dapat lihat nanti.
* pemenang bertuah dengan komen yang paling kreatif akan diumumkan pada 22 February 2013.

Contest ini berkaitan dengan peplum, Jadi apa itu peplum? Bagi aku yang tak tahu menahu pasal baju perempuan ni, aku pun pergi lah jumpa pak cik google sekejap tadi. Ini lah hasil dari pertemuan aku dengan pak cik google

.

HaniFajar Collection turut menawarkan tudung & pakaian terkini. Jadi apa kata kita semua pergi usha kedai online ini. Mana tahu ada yang berkenan di hati. ^_^


Terima kasih..salam dari pantai timur.

Menghantui Setiap Pelajar Universiti Dan Kolej

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ptptn

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih. salam dari pantai timur.

Tuesday, 19 February 2013

Google Reader Atasi Masalah News Feed Tak Keluar Di Dashboard

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Google Reader Atasi Masalah News Feed Tak Keluar Di Dashboard

Sekarang ni Masalah News Feed tak keluar di dashboard blogspot semakin menjadi-jadi. Nak buat blogwalking pun susah. Geram jugak apabila ketinggalan entri-entri terbaru daripada kawan-kawan semua. Entah apa sebab sebenarnya masalah ini berlaku. Setakat ini persoalan ini masih belum terjawab.

Disini ada salah satu cara untuk melihat atau membaca post-post terbaru selain dari menggunakan dashboard. Caranya mudah sahaja. Buka halaman google dan cari Reader seperti gambar di bawah.

Selepas itu tekan Blog i'm following kat sebelah kiri. Korang akan lihat layout seperti yang aku punya di bawah. Disini korang boleh membaca full entri yang terbaru.


Sebenarnya dalam dashboard pun ada juga aplikasi ini. Cuma perlu tekan view in google reader yang berada di sebelah kanan dashboard.

Selamat mencuba.. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Mrs.Erry 1st Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Pantang dengar FIRST, PERTAMA atau 1st. Laju je tangan ini menaip untuk menyertai Mrs.Erry 1st Giveaway. Aku suka sokong sebarang segmen atau giveaway pertama yang dianjurkan oleh kawan-kawan blogger. Biasalah.. Busy body kan.. haha

Giveaway ini adalah bersempena tahun ke 3 menubuhan Blog Mrs.Erry bercerita. Ada banyak hadiah yang disediakan. Antaranya adalah:


tudung bawal 3 tone - 1 pemenang
tudung 3 layer - 1 pemenang
2 pasang brooch cantik - 1 pemenang
cute handphone case - 1 pemenang
gelang from thai - 1 pemenang
sepit beriben from thai - 1 pemenang


sabun beras - 1 pemenang
brooch rama-rama - 1 pemenang
chesse powder - 2 pemenang
topup RM5 - 5 pemenang

Jadi keseluruhan pemenang adalah 15 orang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Mac 2013. Jadi jomlah sertai giveaway ini.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Monday, 18 February 2013

Ultimate Waterproofing Industrial Coating

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ultimate Waterproofing Industrial Coating

Malam ini aku ada satu perkongsian yang aku dapat dari facebook petang tadi. Perkongsian ini adalah berkaitan dengan kemajuan teknologi yang semakin kian bergembang sekarang. Salah satu teknologi yang menarik dipanggil Ultra-Ever Dry

Sebelum tu kita tengok video di bawah sekejap..


" Ultra-Ever Dry is a superhydrophobic (water) and oleophobic (hydrocarbons) coating that will completely repel almost any liquid. Ultra-Ever Dry uses proprietary nanotechnology to coat an object and create a barrier of air on its surface. This barrier repels water, oil and other liquids unlike any coating seen before. The other breakthrough associated with Ultra-Ever Dry is the superior coating adherence and abrasion resistance allowing it to be used in all kinds of applications! "

Dengan kata yang mudah, teknologi ini adalah untuk menghalang air, minyak atau mana-mana cecair daripada meresapi sebarang permukaan. Antara kelebihan menggunakan teknologi ini adalah anti-basah, anti-penghakisan, anti-pembekuan, anti-pencemaran, pembersihan sendiri dan juga memanjangkan jangka hayat sesuatu produk.

Untuk lebih info anda boleh melayari laman web http://www.ultraeverdrystore.com/

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Fuhh.. lepas jugak hari first sem 6 ini. Jadual sem ini agak fat dengan kelas setiap hari bermula pada pukul 8 pagi. Haiss.. Memang susah lah nak berubah untuk sem ini.. hehe.. ( ayat  kawan aku ). Bagi sesiapa yang faham ayat di atas itu, faham lah. Kalau tak faham jugak.. Renung dalam-dalam maksud kelas pukul 8 pagi itu. Budak-budak U atau kolej mesti faham maksud aku ini.. Kan, kan?? hehe

Nampak tak gambar yang agak comel di atas itu?? Itu adalah banner untuk Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes. Kak Innanie buat segmen ini disebabkan masalah yang melanda kita semua iaitu masalah news feed tidak keluar kat dashboard. Nak buat blogwalking pun agak menyusahkan. Jadi kak Innnanie nak buat page bloglist untuk memudahkan dia buat blogwalking dan juga bersempena untuk meraikan jumlah follower dia yang meningkat kepada 3 ribu orang. Tahniah kak Innanie. ^_^

Aku tahu dah agak lambat untuk mengajak kawan-kawan sertai segmen sebab dah ramai yang join ini tetapi aku nak ajak jugak tak kira lelaki mahupun perempuan yang membaca entri ini untuk join segmen blog kesayangan ini. Caranya juga amat mudah. Anda hanya perlu lakukan perkara tersebut..

Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

Mudah je kan?? hehe. Jadi jom la join segmen ini sebab tarikh tutupnya pada 22 Februari 2013.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 17 February 2013

Habis Turun Pageview

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

jatuh menjunam

Apabila tak update blog selama sebulan, traffic blog memang jatuh merudum. Ini lah yang berlaku kepada blog infinity. Daripada 400 sehari jatuh kepada 100 orang dan yang paling sikit 16 orang sahaja yang datang ke blog ini sehari. Purata pageview dalam sebulan ini hanyalah 50 sehari. Terima kasih kepada mereka-mereka yang datang singgah walaupun tak ada benda yang menarik pun disini. ^_^

Aku ketinggalan banyak perkara dan info apa yang berlaku di sekeliling dalam masa sebulan. Nak harapkan television dan surat khabar sahaja memang ketinggalanlah dengan isu-isu panas yang berlaku sebelum ini. Musim sekarang ni pulak musim pilihan raya. Jadi dalam television tak habis-habis dengan kempen kerajaan. Ada pula sesetengah isu yang tak pernah disiarkan dalam television mahupun surat khabar. Tetapi disiarkan di dalam dunia maya ini.

Sebab itu lah aku rasa dunia blogger ini penuh dengan ilmu yang berguna jika kita pandai menggunakannya. "With great power come great responsibility" . Hehe.. pinjam ayat pak cik spideman sekejap. Dunia internet ini sangat berkuasa kerana segala-galanya berada di hujung jari kita. Jika kita gunakan kuasa internet ini dengan baik, maka baiklah jadinya. Jikal salah, macam-macam perkara yang mengerikan boleh berlaku. Jadi gunalah kuasa yang ada ini dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.





Hero Kampung Kembali LAGI!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

dah kembali semula

Kekok rasanya nak menulis untuk post ini setelah sekian lamanya bercuti dari sebarang aktiviti blog ataupun facebook. So, apa khabar semua?? kawan-kawan semua masih sihat atau ada yang deman dengan cuaca hujan sekarang ini. Harap-harap semuanya sihat-sihat belaka lah.

Kalau nak tahu, kesihatan ini adalah salah satu nikmat yang sangat besar. Kita sering lupa untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang kita dapat sekarang ini. Apabila datang penyakit atau kecederaan pada tubuh badan kita baru kita sibuk nak mengingati tuhan. Masa sihat kita lalai tetapi apabila masa datang sakit baru kita tergapai-gapai memohon kesembuhan dari Allah s.w.t.

Jom kawan-kawan, kita semua ubah sikap kita ini dan menggantikan dengan sentiasa menyebut "Allhamdulilah" mensyukuri segala nikmat dan pemberian Allah s.w.t. Tidak kira lah sama ada waktu kita senang, sihat, sakit mahupun susah, sentiasalah kita menyebut Allhamdulilah dengan segala nikmat yang ada di depan kita. Kita menghirup nafas pun sudah menjadi satu nikmat buat kita semua. Bayangkan tiba-tiba nikmat ini ditarik buat sementara waktu atau buat selama-lamanya. Apa yang berlaku kepada kita?

Itu muqaddimah untuk kedatangan aku kali ini. Selepas ini aku nak buat lawatan ziarah pula. Nantikan kedatangan aku ke blog korang semua. Nak lepas rindu yang terpendam selama sebulan ini. hehe

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...