OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 26 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Aku mendapat jemputan daripada anak sepupu aku yang belajar di Kuala Lumpur untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC ini. Aku juga dapat ramai blogger yang buat entri pasal pesta ini.

Program : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Tarikh : 26 April - 5 Mei 2013

Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

Masa Operasi : 10.00am - 7.00pm ( Isnin-Khamis )
                                         10.00am-9.00pm ( Jumaat-Ahad dan cuti Am)

Masuk adalah PERCUMA!!

Jadi buat mana-mana blogger yang berkesempatan untuk pergi ke pesta buku esok, boleh lah berjumpa aku di sana.. Boleh berkenalan antara satu-sama lain di dunia sebenar.. Hehe

Contact me - 014-5217281, Mesej atau call..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Mat Luthfi - Memilih Pemimpin untuk Noobs

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mat Luthfi

Malam-malam ni aku saje nak kongsikan video terbaru Vlogger paling famous iaitu Mat Luthfi. Ianya berkisar tentang cara kita memilih pemimpin sempena PRU 13 nanti..

Tanpa cakap banyak lagi.. Jom sama-sama kita saksikan apa yang Mat Luthfi sampaikan..


Pesanan Mat Luthfi -
Kita sama-sama rakyat jangan bergaduh teruk-teruk sangat. Kemungkinan besaq bila kita susah nanti kawan kita yang kita duk bermusuh tu yang akan datang tolong, bukan pemimpin :)

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Thursday, 25 April 2013

Segalanya Pasal Duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

cool

Malang tidak berbau.. Itulah yang biasanya kita dengar, tetapi ada sesetengah perkara yang kita tahu ianya akan berlaku cuma kita tak tahu bila masanya ia akan terjadi.. Sebagai contoh, apabila kita membeli sesebuah kereta atau motosikal, kita tahu.. Lambat laun tayar kenderaan kita itu akan pancit.

Itulah perkara yang kita sudah tahu itu. Sekarang ini aku sedang mengalaminya.. Walaupun aku tahu ianya akan terjadi tetapi apabila memikirkan cost untuk membaiki tu.. Hmm.. duit lagi.. Dah la duit ptptn tengah tenat sekarang ni.. Huhu

Redha je la.. Barang itu rasanya sudah sampai ke penghujung hayatnya. Dah tiada apa yang boleh dibuat selain membaikinya..

Terima kasih..salam dari pantai timur.





Wednesday, 24 April 2013

Cahaya Di Malam Hari


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cahaya Di Malam Hari

Cahaya Di Malam Hari


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Monday, 22 April 2013

Jangan Permainkan Agama Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jangan Permainkan Agama Islam

" Aku mengaku, diri aku ini bukan la orang yang baik. Aku banyak melakukan maksiat dan dosa-dosa terhadap manusia dan Allah. Tapi aku sentiasa ingin berubah atas segala kelemahan dan kekurangan diri aku ini. Semoga Allah mengampuni dosa diri ku.."

Dalam satu group facebook yang aku join sebelum ini.. Ada seorang hamba Allah yang membuka mata dan hati yang telah tertutup ini dengan izinya. Dia membuka mata aku bahawa, sebagai seorang yang beragama islam, kita perlu saling menegur antara satu sama lain.

Apabila sesorang itu melakukan kesalahan, kita hendaklah menegurnya dengan cara yang baik. Kita bagitahu dia apa kesalahan yang telah dia lakukan sebelum ini. Jangan lah kita hanya pandang sebelah mata apa yang kita tahu, Itu adalah satu kesalahan.

Dan... Apabila seseorang itu mengaku " ISLAM AGAMA KU,,,SEMBAHYANG SENTIASA X BUAT,PUASA LANGSUNG X PERNAH,,APA LG KORNG NAK TAU,,SEX IALAH BARANG PERMAINANKU "

Dengan serta merta menjadi tanggungjawab kita semua sebagai saudara sesama islam untuk mengingati dan menegur apa kesilapan diri dia... Jangan la kita sesekali mempermainkan agama yang kita telah bersaksi, Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.  

Bertaubatlah sebelum ajal menemui diri kita.....


Terima kasih.. salam dari pantai timur.







OnlineLah Tauke!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

OnlineLah Tauke!


Hari ini exabytes ada melancarkan satu campaign baru iaitu OnlineLah Tauke!

" OnlineLahTauke campaign aims to encourage offline businessmen to expand their businesses online for free*, by claiming a RM1,000 business grant under GMBO 2.0 (Get Malaysian Business Online 2.0), an initiative by the government to help micro businesses to start their Internet business. "

Dalam Bahasa Melayu,

"Kempen OnlineLahTauke bertujuan untuk menggalakkan ahli perniagaan offline untuk mengembangkan perniagaan mereka secara online secara percuma dengan mendakwa, RM 1000 perniagaan geran dibawah GMBO 2.0 (Get Malaysian Business Online 2.0), satu inisiatif oleh kerajaan untuk membantu perniagaan mikro untuk memulakan perniagaan internet mereka . "

Team Exabytes akan mereka bentuk satu laman web 4-halaman untuk mana-mana perniagaan dengan harga RM999. Walaubagaimanapun, mereka boleh menuntut balik RM 1000 daripada GMBO 2.0!


Terma dan syarat2 untuk mendapat GMBO:

  1. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  5. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun.


For more details on GMBO 2.0 business grant, visit:
http://www.exabytes.com.my/onlinelahtauke/gmbo/


Take Your Business Online! Make Money Anytime Any Where!



Terima kasih..salam dari pantai timur.

Sunday, 21 April 2013

Kepada Suami Dayus

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada Suami Dan Isteri

*Maaf penggunaan kata-kata agak kasar...

Seorang suami dikira dayus apabila membenarkan isterinya memdedahkan auratnya di khalayak ramai untuk menjadi santapan kaum lelaki. Itu la kata-kata Ustaz Azhar Idrus.

Aku membangkitkan isu ini hari ini kerana aku terpandang satu pemandangan yang indah semasa berkelah di Gunung Ledang kelmarin. Seorang isteri dengan selambanya memakai pakaian yang amat-amat ketat (legging) sehingga terbayang seluar dalamnya di depan orang ramai.. Sambil dipimpin tangan oleh suaminya..

Aku bukan nak memfitnah atau mengata yang bukan-bukan tetapi dari pandangan kami semua.. Suami itu memang tak sayang isterinya. Dia langsung tak menghargai sebutir permata miliknya yang indah dengan memperlihatkan kepada orang lain.

Bukan kah dayus namanya itu??

Aku tak akan sesekali membenarkan isteri aku buat sedemikian. Keindahan dan kecantikan dia hanyalah untuk aku seorang sahaja. Biar la aku seorang yang tahu rahsianya. Buat apa memilikinya jika dikongsi keindahanya bersama orang lain.

Sesiapa yang tak mampu memenuhi syarat ini jangan la cari aku...

-Itu kata-kata kepada bakal isteri aku..

Kesimpulannya... Hargailah isteri yang kita miliki itu.. Jangan sampai orang lain turut sama memilikinya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Masyarakat Bersatu Adalah Masyarakat Maju

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masyarakat Bersatu

Perang diantara pihak kerajaan dan pembangkang semakin membara. Setelah penamaan calon, semua orang yang terpilih mula sibuk berkempen di kawasan masing-masing dan menggunakan segala strategi dan cara untuk meraih undi daripada rakyat.

Poster dan bendera sedang rancak dipasang di tempat masing-masing. Dalam kerancakan itu ingatlah saudara semua, kita semua adalah rakyat Malaysia. Walaupun berbeza pendapat dan agama, tetapi kita semua bernaung di bawah satu bendera iaitu Jalur Gemilang.

Tak kira la apa yang anda sokong, PAS, BN, PKR atau DAP...Jangan disebabkan politik, kita semua berpecah belah, saling tidak bertegur sapa dan lebih teruk lagi bermusuhan antara satu sama lain.

Negara Malaysia adalah Negara Demokrasi. Rakyat mempunyai kuasa penuh untuk memilih pemerintah yang difikirkan sesuai untuk kesejahteraan negara.


Masyarakat Bersatu Adalah Masyarakat Maju


Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tempat Kita Bergantung Waktu Lemah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tempat Kita Bergantung Waktu Lemah


Manusia... Ada masanya kita kuat dan ada masanya kita lemah. Kita tidak akan sentiasa kuat dan boleh bergantung kepada diri kita sendiri sahaja. Bergantung kepada diri kita itu bagus tetapi ada masanya kita perlukan orang lain sebagai tempat kita bergantung.

Hargailah sahabat baik kita yang sentiasa sudi mendengar segala luahan dan kelemahan diri kita sendiri. Kawan baik itu adalah orang yang boleh menyimpan rahsia kita dan memahami apa kemahuan diri kita sendiri. Mereka ini lah tempat kita bergantung masa kita lemah.

Walau sekeras mana hati dan walau sedegil mana kita.... Apabila ada orang yang sudi menemani diri kita semasa kita susah. Pasti timbul satu ketenangan dalam diri kita. Segala beban dan segala macam tanggungan, akan terasa ringan di bahu ini.

Terima kasih wahai sahabat.. Salam dari pantai timur.

Wednesday, 17 April 2013

Wajib Mengundi Bagi Yang Layak

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera..

Wajib Mengundi Bagi Yang Layak


Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Secara ringkas:

      Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam
      Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
      Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan raya sahaja  iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.
      Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Pru13 Dinanti Semua Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

fight in pru13

Pru13 semakin menghampiri.. Bahangnya kian dirasa oleh semua masyarakat di malaysia. Dan bahang itu pasti akan membara pada malam 5 mei nanti apabila keputusan pilihan raya diumumkan. Sama-sama lah kita semua nantikan..

Aku sebenarnya tak nak masuk campur hal politik dalam blog ini tetapi pagi tadi ada seorang kawan aku yang tanya.. " Abang long, kenapa tak update cerita pasal politik dalam blog? ". Aku pun jawab la.. " malas aku nak campur hal politik ". Dia tambah " laa.. kenapa plak?? Kan elok update entri pasal kewajiban menunaikan tanggunjawab mengundi untuk negara. Undi itu kan wajib ".

Hmmm... betul jugak kan? Jadi tak salah pun sebenarnya nak update pasal hal-hal macam itu. Jadi aku pun dengan beraninya membuat keputusan untuk menulis sedikit sebanyak hal politik sepanjang pilihan raya ke 13 ini.

Hal politik yang akan aku tulis bukan seperti Blogger-blogger tegar politik tetapi entri tersebut lebih terarah kepada pandangan aku sendiri tentang pilihan raya dan juga sebagai seorang pengundi yang akan mengundi buat kali pertama nanti di Kuala Terengganu. Aku akan start menulis tidak lama lagi.

Jadi aku nak pesan awal-awal lagi...

" Ini bukan blog politik yang menghasut mana-mana orang untuk mengundi. Blog ini adalah blog yang mengemukakan padangan dan juga suara mahsiswa tentang apa yang berlaku di dalam negara ini. Itu sahaja. "

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Setiap Saat Dan Detik Menunggumu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setiap Saat Dan Detik Menunggumu

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Monday, 15 April 2013

Menangislah di Bahuku

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Menangislah di Bahuku

Malam ini aku nak kongsikan sebuah lagu yang amat bagus.. Lagu ini berkaitan dengan tempat luahan hati dan juga pasal sahabat mengambil berat akan perasaan sahabatnya. Lagu ini juga mempunyai menerangkan apa maksud air mata yang dianugerahkan Allah kepada kita semua.. Dengarlah..




kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)


Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


Terima kasih..salam dari pantai timur.

15 April Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

15 April Hari Melaka Bandaraya Bersejarah


15 April merupakan hari kelepasan am bagi negeri Melaka. Ianya bersempena sambutan ulangtahun pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Selain dari diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah, Melaka juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Warisan Dunia pada tahun 2008 dari UNESCO dan yang terbaru telah mendapat status negeri Maju pada 20.10.2010.

*Ini la jawapan kenapa cuti aku bertambah satu hari... Kawan-kawan semua jangan jeles ya.. Haha.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Sunday, 14 April 2013

"Beauty And A Beat" - Justin Bieber (Alex Goot, Kurt Schneider, and Chrissy Costanza Cover)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom kita layan lagu Beauty And A Beat cover by Alex Goot, Kurt Schneider, and Chrissy Costanza.



"Beauty And A Beat"
(feat. Nicki Minaj)

Yeah, Young Money, Nicki Minaj, Justin

Show you off, tonight I wanna show you off (eh, eh, eh)
What you got, a billion could've never bought (eh, eh, eh)

We gonna party like it's 3012 tonight
I wanna show you all the finer things in life
So just forget about the world, we're young tonight
I'm coming for ya, I'm coming for ya

Cause all I need
Is a beauty and a beat
Who can make my life complete
It's all about you,
When the music makes you move
Baby, do it like you do
Cause...

[Beat break]

Body rock, girl, I can feel your body rock (eh, eh, eh)
Take a bow, you're on the hottest ticket now, oh (eh, eh, eh)

We gonna party like it's 3012 tonight
I wanna show you all the finer things in life
So just forget about the world, we're young tonight
I'm coming for ya, I'm coming for ya

Cause all I need
Is a beauty and a beat
Who can make my life complete
It's all about you,
When the music makes you move
Baby, do it like you do

[Nicki Minaj]
In time, ink lines, bitches couldn't get on my incline
World tours, it's mine, ten little letters, on a big sign
Justin Bieber, you know I'mma hit 'em with the ether
Buns out, wiener, but I gotta keep an eye out for Selener
Beauty, beauty and the beast
Beauty from the east, beautiful confessions of the priest
Beast, beauty from the streets, we don't get deceased
Every time a beauty on the beats

(Yeah, yeah, yeah, yeah, let's go, let's go)
Body rock, girl, I wanna feel your body rock

Cause all... (all I need is love) I need
Is a beauty and a beat
Who can make my life complete
It's all... (all I need is you) about you,
When the music makes you move
Baby, do it like you do
Cause...

[Beat break]

Terima kasih...salam dari pantai timur.

Memerah Otak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memerah Otak

Cuti pertengahan semester sudah pun tamat... Huhu.. sedih, sedih.. Apabila cuti berakhir, maknanya kerja akan datang kepada aku bertubi-tubi.. Banyak kerja yang perlu disiapkan dalam minggu ini. Dengan report la, dengan presentation lagi.. Huhu.. Kena la perah otak yang sudah membeku selama seminggu ini.

Ahhh... Beratnya badan nak beralih dari mod cuti kepada mod kerja.. Dengan suasana mendung, sejuk dan ditambah dengan selimut yang suam.. Terbit la perkataan " MALAS "... Malas, malas, malas... Entah bila la nak jadi rajin macam orang lain. Celik mata je sembahyang pastu buka buku... Baca

Aku pulak celik mata je, buka MukaBuku dan juga blog.. Nampak bezanya disitu. Sekarang ini blog kesayangan aku sudah sedikit terabai. Tumpuan aku sekarang lebih kepada pengajian aku berbanding dengan blog. Masa itu ada apabila semua test sudah selesai.. Tetapi fikiran untuk berblog sudah kurang.. Sebab itulah korang boleh nampak aku semakin kurang aktif sejak kebelakangan ini..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Friday, 5 April 2013

Man Jadda Wajada

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

man jadda wajada

Apa khabar semua?? ^_^

Harap-harap semuanya sihat sejahtera.. Aku baru sahaja habis menjawab test sebelum cuti pertengahan sem. Dalam menjawab test itu ada yang suka dan ada juga yang duka teramat duka. Walaubagaimana pun, kita sudah berusaha sehabis mungkin dan berserah segala-galanya kepada Allah.. Apa yang kita dapat itu adalah apa yang kita usahakan.

Semakin banyak kita berusaha, semakin banyak balasan yang kita dapat. Semuanya rezeki daripada Allah s.w.t.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Apa yang penting kita berusaha.. Seperti pepatah arab.. " man jadda wajada " . Ertinya.. Siapa yang berusaha bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

Segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri.. Nak berubah itu senang sahaja jika kita mempunyai iltizam dan semangat untuk berubah bersungguh-sungguh. Yang menjadi sukarnya adalah jika kita hanya katakan di bibir tetapi tidak pada perbuatan diri.

Kita pasti akan lalui banyak dugaan dan cabaran dalam tempoh untuk berubah itu. Apabila sampai suatu tahap kita sudah tidak mampu menahan dugaannya, mohonlah kemaafan daripada Allah dan jangan berputus asa untuk berubah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Wednesday, 3 April 2013

Apabila Parlimen Dibubarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

undi

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tuesday, 2 April 2013

Job Interview Tips

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

job interview


Malam ini aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat daripada En.Rosahairil, iaitu wakil daripada syarikat Composites Testing Laboratory Asia Sdn Bhd semasa sesi Industrial Talk. Secara keseluruhannya, Talk yang disampaikan semasa kelas EPC pagi tadi sangat menyeronokkan. Antara tip-tips yang diberikan oleh En.Rosahairil adalah :

Tips 1 - Resume Submission
  1. Job advertisement
  2. Preparing your resume
  3. Cover letter
  4. Supporting letter
  5. Submission Medium
For this part, The Best Resume is Two pages resume. If the resume are too long, the tendency of people who handle the resume to throw it into trash can is high. If we used email as submission medium, make sure that we write down cover letter in that email. Write down the cover letter and attached the resume with it. 

Tips 2 - Before Interview
  1. Prepare your interview file
  2. Research about the company
  3. List of accomplishment
  4. Practice the interview
  5. Check clothing
  6. Test drive ( Go to the company to check the traffic and road )
  7. Call for reconfirm
  8. Weather forecast
  9. Get a good night sleep
For this part, prepare the interview file and arrange it according to rank. Put the file for example, Certificate for be a project manager, above the other. Please do a research about the company and get a lot of practice. Wear a good attire and matching with the job we are seeking. If we request for post Electrical Engineer, wear a cloth that represent an Electrical Engineer. Call HR for confirmation on the job interview date and time. Who know if it been canceled at last-last minute. Also, check weather forecast so that if it raining at that day, we can prepare a proper transportation to go to job interview. And lastly, get a good night sleep. 

Tips 3 - During Interview
  1. Do a simple work out
  2. Be on time
  3. last minute check
  4. Look confident and busy
  5. Pay attention and relax
  6. Write down note
For this part, We learn by doing a job interview simulation. This part is a special part. Only those who come to class and participate in the talk, know what to do and how to tackle a tough question.

Tips 4 - After Interview
  1. Send thank you note
  2. Make a follow up clean
  3. Be patient and continues job seeking
  4. Call and ask
That all for the tips.. 

Jika ada sesiapa yang ingin pastikan resume yang dihasilkan itu bagus, bolehlah minta tolong En.rosahairil memeriksa resume itu dengan cara hantar salinan resume itu di alamat email : rosahairil@ctla.asia

Tapi ingat.. Minta lah tolong dengan cara yang betul.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...