OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 22 May 2013

Masa Bergembira Dan Berseronok

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

berkelah bersama kawan-kawan


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tuesday, 21 May 2013

Masa Berjalan Tanpa Menoleh Sedikitpun Ke Belakang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kalau masa boleh diundur

Hehe.. dah berabuk blog ini sebab kena tinggal lama sangat.. Sory ya.. Kebelakangan ini idea aku sudah kurang dan serabut dengan test dan assignment yang berlambak..

Hanya tinggal 2 minggu lagi sebelum final exam.. tik, tak, tik, tak.. Jam berdetik setiap masa tanpa menoleh ke belakang langsung.. Aku yang mengekori ini asyik bertanya.. Kenapa la masa berlalu amat cepat?.. Kalau lah boleh diundur masa itu............. pasti banyak perkara yang kita ingin betulkan semula..


Terima kasih..salam dari pantai timur.

Thursday, 16 May 2013

Kalah Biarlah Berpuas Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

selamat berjuang

Final Exam sudah hampir.. Dengan baki beberapa minggu lagi untuk menempuh final yang kritikal ini.. Tak dinafikan, hati aku sudah mula gelisah.. Tambah lagi dengan format permarkahan final exam yang baru bermula semesta ini.. Hmm.. Entah lah macam mana nasib aku nanti.

Format permarkahan yang baru diperkenalkan adalah kena dapatkan 50% markah daripada 100% markah final.. Jikalau tidak dapat lebih dari 50% ini akan dikira Gagal subject.. Walaupun markah course work/carry mark dapat penuh tetapi jika tidak dapat lebih 50% dalam final exam, subject itu akan tetap dikira gagal..

Bagi pelajar yang pandai, hal ini langsung tidak merisaukan mereka.. Tapi bagi pelajar yang kurang sikit macam aku ini.. Hal ini amat berat.. Sebab sebelum ini, kami hanya perlu score markah carry mark yang diberikan lecture untuk lulus sesuatu subject.. Jadi final exam tak lah perlu dirisaukan sangat untuk lulus.. Kali ini..... "INIKALILA".. Aku tak pasti apa nasib aku nanti..

Tapi apa yang aku boleh katakan... Aku tak akan kecundang sebelum berjuang.. Walaupun apa pun yang akan berlaku nanti, aku tetap ingin buat yang terbaik agar aku tidak akan rasa menyesal setiap keputusan yang akan aku dapat nanti. Jikalau kalah, aku nak kalah dalam keadaan berpuas hati..

Cuma apa yang aku paling harapkan adalah aku lulus dan final exam nanti.. Doakan aku kawan-kawan semoga aku berjaya..

* Sebelum itu, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang mengajar ilmu-ilmu berguna dan berfaedah kepada kami semua.. Terima kasih atas pergorbananmu wahai guru.. ^_^

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wednesday, 15 May 2013

Pembelajaran Daripada Sekolah Sehingga Ke Menara Gading

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

First, in the school
Ceh, This was easy..
First, in the school level

Then, in matriculation
This question tough..
Then, in matriculation

In university level
Damn, what is this???
In university level

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Saturday, 11 May 2013

Bahagianya Macam Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Suami isteri penyayang

Aku jatuh cinta dengan lukisan di atas.. Ianya sangat comel dan romantic.. Hehe. Korang tak rasa macam tu ke? Bila la dapat buat begitu bersama si isteri selepas ini.. haha.. Tak sabar rasanya.. Suami isteri berkasih sayang, keluarga bahagia..

 " Lelaki adalah pelindung dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap wanita ".

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Thursday, 9 May 2013

Service Laptop Sekurang-kurangnya Setahun Sekali

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Service Laptop Sekurang-kurangnya Setahun Sekali

Fuhh... Hari ini suhu di melaka mencapai 32°C.. Bayangkan, ais yang aku beli di kedai dah cair separuh sebelum sampai ke rumah. Sampai tahap itu sekali..

Bercakap pasal panas ni, aku nak bagi nasihat atau peringatan kepada pengguna laptop.. Sebelum terkena seperti aku, lebih baik kita sama-sama mencegah dulu.

Service lah laptop itu sekurang-kurangnya satu kali setahun atau apabila kita rasa angin yang keluar dari laptop itu semakin berkurangan dan laptop menjadi amat panas. Pekara ini biasanya kita pandang remeh dan buat tak tahu je. Apabila laptop panas, kita mula la kata cooler yang kita guna itu tak cukup power dan perlu diganti dengan yang baru.

Sebenarnya apa yang kita fikir itu salah.. Biasanya punca berlakunya overheat itu adalah kerana debu-debu yang berada di dalam laptop kita dan menyekat aliran angin keluar daripada kipas. Tengok dari luar memang kita tak akan nampak, tapi cuba kita buka laptop itu..

Memang korang akan terkejut.. Kalau hantar kat kedai pun confirm kena marah sebab biar debu sebanyak itu.. Overheat ini amat bahaya kerana boleh menyebabkan kebakaran dan merosakkan harware dan motherboard laptop kita..

Jadi kalau nak elakkan masalah ini daripada berlaku, service lah laptop itu sebelum kita kena membayar lebih lagi dari harga mencuci.

Terima kasih..salam dari pantai timur.







Wednesday, 8 May 2013

5 Tahun Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

5 Tahun Lagi

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Tuesday, 7 May 2013

Kemenangan Yang Bergaya Di N10, Dun Teluk Pasu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pilihanraya ke-13 sudah pun berlalu pergi dengan pelbagai kontroversi yang terjadi. Kontroversi pasal dakwat kekal, pengundi hantu, pengundi berkali-kali dan sebagainya. Macam-macam...

Walaubagaimanapun kita semua kena la terima semua keputusan yang telah diputuskan oleh SPR dengan hati yang terbuka. Bagi aku, 5/5/2013 adalah hari kemenangan kepada aku dan juga orang-orang kampung yang sering ditindas oleh orang yang lebih berkuasa. Puas hati ini melihat semua percubaan diorang untuk menang secara tidak bermaruah dapat dipatahkan.

Rasa seronok apabila melihat semua orang saling tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain. Terasa ikatan ukhuwah antara kami semua sangat kuat. Bertambah kuat berbanding sebelum-sebelum ini apabila ramai anak muda yang mindanya telah berkembang dan boleh berfikir apa yang baik untuk mereka.

Insha Allah.. 5 tahun akan datang, kami semua akan bertambah kuat dari sebelum-sebelum ini.. nantikanlah wahai N10 dun teluk pasu.. Kami akan mempertahankan kemenangan ini walaupun dengan majoriti hanya 109.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...