OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 16 July 2013

Latihan Industri Di Syarikat Air Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar kawan-kawan semua? .. ^_^ .. maaf la sebab dah lama tak update blog ini. Saya lama tak update bukannya sebab malas atau sudah boring dengan berblog ini tetapi disebabkan dengan Latihan industri/praktikal yang sedang saya lakukan di Syarikat Air Terengganu ( SATU ).

* atau lebih tepat lagi kat rumah tiada line internet. haha.. ^_+

Apa pun memang benar saya sedang melalui minggu keempat latihan industri di syarikat air. Saya belajar di Universiti ambil jurusan elektrik kuasa industri tetapi mesti korang tertanya-tanya, 

Kenapa saya minta LI di tempat orang kimia kan?? sampaikan Lecture saya ada tanya semasa pendaftaran tempat LI, Apa yang kamu nak belajar di Syarikat Air ini Lokman??

Haaa.. Hari ini saya nak terangkan jawapannya dan kenapa orang elektrik boleh masuk mana-mana syarikat pun..

Yang sebenarnya dalam syarikat air, elektrik la yang memainkan peranan yang paling penting dalam sistem syarikat ini. Peranan penting ini boleh diterangkan dengan penggunaan hampir 90% elektrik di dalam sistem pengagihan air daripada air sungai kepada logi rawatan air bersih dan seterusnya kepada pengguna.

Mesti korang tertanya-tanya lagi.. Bagaimana air paip yang kita guna hari-hari itu dihasilkan.. Betul tak?? hehehe..

Sabar... ^_^ .. Dalam ni semuanya ada.

Mari kita mulakan dengan elektrik dulu.. Elektrik ini akan memberikan voltage dan current kepada 3 phase induction motor untuk mengepam air dan menghantarnya ke logi rawatan air. Disini kita boleh katakan, tanpa elektrik.. Tiadalah fungsi orang bahagian mekanikal, kimia mahupun sivil.


Pam Intake untuk menyedut air sungai dan menghantarnya ke logi rawatan air bersih

Seterusnya air sungai itu akan sampai ke logi rawatan air bersih untuk diproses agar ph, kekeruhan dan sebagainya mencapai tahap yang dibenarkan. Penerangan pasal ni saya tak boleh panjangkan sebab tak ada ilmu lagi pasal penggunaan bahan kimia untuk membersihkan air tersebut. Jika ada yang satu tahu, nanti saya kongsikan bersama.



Air sungai dihantar kesini




Dan melalui peringkat-peringkat pembersihannya..

Semasa proses ini juga la elektrik memainkan peranannya menggerakkan motor untuk menyalurkan bahan-bahan kimia tersebut. Setelah air sungai itu melalui semua peringkat dan menjadi air bersih, seterusnya pam dibawah akan menghantar air bersih tersebut ke Tangki di atas bukit.


Pam air bersih

Lihatlah sekali lagi, elektrikal amatlah penting untuk menghidupkan pam yang menggunakan high voltage ( 6.6kV ) seperti di dalam gambar di atas. Setakat yang saya satu, air bersih yang telah dibawa ke tangki oleh pam di atas akan diagihkan kepada pengguna melalui sistem semula jadi iaitu menggunakan graviti. 

Jadi macam itulah bagaimana air yang kita gunakan hari-hari terhasil. 

Terang lagi bersuluh yang elektrik adalah nadi bagi syarikat air ini. Jikalau pam-pam diatas mengalami masalah elektrikal, sudah pasti pengguna tidak akan mendapat air secukupnya. 

Moralnya, jangan kita buat andainya awal bagi sesebuah syarikat selagi kita tidak berkerja disana. Seperti syarikat air ini. Orang nampak bahagian kimia lah yang menguasai syarikat ini, tetapi realiti adalah sebaliknya. Elektrik, mekanikal, kimia, awam, management... Semuanya bergerak sekali untuk melengkapkan sistem bagi menyalurkan air kepada pengguna..

Setakat ini sajalah pengetahuan pasal syarikat air ini.. Jikalau ada salah dan silap, mohon dimaafkan dan diperbetulkan.

Terima kasih..salam dari pantai timur.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...