OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 11 December 2013

Entri Pada Tarikh 11/12/13

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar semua?

Apa khabar semua? .^_^.  Bertemu kembali kita di alam maya ini. Sekarang ni aku dah boleh rasa kenapa ramai blogger-blogger yang sama generasi dengan aku semakin kurang aktif berblog. Semuanya sibuk dengan dunia luar atau dunia realiti.

Macam aku ni, sibuk dengan hal-hal di universiti dan games. ^_+.. Tambahan lagi berada di tahun akhir dan di penghujung sem. Semua kerja nak kena buat dan hantar sebelum berakhirnya minggu ke-14. Pening, pening...

Apa pon.. aku nak ambil peluang untuk tulis entri pada hari istimewa ni.. Hmmm.. istimewa ke tarikh 11/12/2013?

Pada aku tarikh ni tak ada maknanya pun melainkan untuk mengucapkan syukur kepada Allah akan nikmat kehidupan, kesihatan, kebahagian hidup pada hari ini dan juga untuk mengabdikan diri dalam mencari ilmu yang berkat dan beribadah kepadanya.

Senang je cakap, tapi nak laksanakan semua itu memang penuh dengan dugaan dan cabaran.. ^_^. hehe

Dan semalam selepas berdetiknya jarum jam pukul 12, laman sosial menjadi agak kecoh. Apa taknya semua orang tak kira lelaki mahupun perempuan update status pasal meluahkan perasaan cinta cintun antara satu sama lain. Semuanya nak mencatat sejarah dengan mengambil tarikh yang unik ini sebagai titik permulaan. Tak kurang juga orang yang offer untuk ditackle oleh insan-insan yang kesunyian di facebook.Well, Apa yang aku boleh katakan adalah "Good luck dan selamat berjaya ".

Agak-agak ada tak orang yang ambil peluang pada tarikh hari ini untuk mengakhiri sesuatu hubungan??

Sebelum aku menutup entri ini, aku nak juga ucapkan selamat pengantin baru buat Rozita Che Wan dan Suaminya Zain Saidin dan buat seluruh mempelai yang disatukan hari ini. Semoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.. ^_^




Sumber - rotikaya


Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Saturday, 7 December 2013

Indahnya Bersahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

feeling


Malam ni rasa nak luahkan sedikit perasaan.. Hehe.. Bukan perempuan je yang patut luah perasaan ok, lelaki pun sekali sekala kena jugak curah apa yang terbuku di dalam hati ini. ^_^

Hmmm... Macam mana nak start ya.. Haha.. Aku dah kekok nak bercakap pasal perasaan ni. Dah lama sangat menyepi.

Aku masih ingat kata-kata kawan aku dulu.. "Hargailah sahabat yang mendengar masalah kamu kerana kelak, apabila dia menghilang baru kamu rasa menyesal".

Kata-kata kat atas ada betulnya..

" Sahabat adalah kawan kita yang sentiasa bersama mengharungi cabaran dan dugaan sama ada dalam gembira ataupun duka. Sahabat jugalah menjadi tempat untuk kita bercerita dan sahabat jugalah yang menjadi penawar luka di hati kita. Sahabat yang baik akan memberi teguran dan nasihat jika kita lalai. Dan mereka menyayangi diri kita seperti mana mereka menyayangi diri sendiri. "

Bersahabat itu amat indah, bila mana niat kita itu ikhlas hanya kepada yang esa..

Hargailah sahabat yang berada disisi kita itu.. Mungkin ramai yang tak menyedari, tetapi sahabat yang baik adalah sahabat yang menjadi saingan, dan kadang-kadang menyakitkan hati dalam hidup kita. ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur


Video Assingement Hubungan Etnik (HE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Malam ini aku nak berkongsi satu video atas permintaan rakan-rakan sekelas.. ^_^. Video ini adalah Assingment untuk subject Hubungan Etnik. Video ni tak adalah hebat sangat pun. Simple dan low cost.. Cost almost zero.. haha.

First time berlakon bersama budak-budak rumah.. Semuanya adalah candid. Malu kot.. Haha.. Tapi just try for the best. Filem pendek ini mengisahkan sikap prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Sinopsis filem ni senang je nak faham.. Dan side effect seperti gelak tu.. Rasanya classmate aku je yang tahu.. Cuba dengar dan teka siapa dia.... Hehe.

Selamat menonton



Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 1 December 2013

Nyawa-nyawa Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


smile

Hehehe... Walaupun aku dah kata blog ini kembali bernyawa sebelum ini tetapi hakikatnya, realiti, kenyataannya, pokok pangkalnya, ect... "Nyawa itu adalah nyawa-nyawa ikan". Menjadi pelajar tahun akhir.... Faham-faham je la.. ^_^

Aku sebenarnya tak ada idea nak menulis panjang-panjang entri ini.. Apa kata kita dengar lagu ni. Aku dan lagu ini ada kenangan yang manis semasa berkerja di SABASUN. 




Assalamu Alayka - Lyrics:

My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you O Muhammad!

Chorus:

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu Alayka ya habibi
Ya Nabiy Allah

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu Alayka ya habibi
Ya Nabiy Allah, ya Rasool Allah

I left all my troubles and worries
As I entered your Mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn't stop my tears from falling
In your presence O Muhammad!

Chorus

O Taiba your breeze is so blessed
Indeed it brought life back to my spirit
I've left my heart with my beloved
Sending blessings on Muhammad

Chorus

Credit to maherzaintube


Terima kasih.. Salam dari pantai timur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...