OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 13 April 2014

Mulakan Dengan Membaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

baca, iqra

Sarang lebah penuh bermadu,

            Sarang dibina lebah berjuta;

Orang di sini menanggung rindu,

            Orang di sana apa cerita?

Cewah!! Sejak bila blog ni ada pantun.. hehe. ^_^

Apa khabar semua? 

Sudah agak lama saya menghilangkan diri disini. Dah lama jugak tak bersuara dalam alam maya ini.. Harap-harap ada lah orang yang rindu ke kite.. hehe. 

Sebenarnya, Blog INFINITY ini dah merajuk dengan saya. Berbulan-bulan kena tinggal macam tu je. Dia pulak dah tahu yang tuan dia ni tak update blog bukannya sebab banyak kerja tapi sebab malas.. +_^

Tak dinafikan.. Dalam bulan-bulan yang lepas banyak dugaan yang datang sampai nak update blog ni pon malas.. Dugaan-dugaan ni datang dalam pelbagai bentuk dan berlaku pada bila-bila waktu. Sem akhir ni banyak benda yang datang uji mental dan kesabaran. Moga-moga saya dapat mengharungi semuanya..

Berbalik kepada tajuk entri ni.. "Mulakan dengan membaca"

Tajuk tu adalah untuk diri tuan punya blog ini sebenarnya.. Bertahun-tahun belajar dan bertahun-tahun di ajar.. Tapi disebabkan kelalaian, saya lupa kepentingan membaca.. 

Rasanya tak perlulah di ulas dan dihurai panjang lebar pasal tajuk ini. Sebab semua orang sudah diperingatkan tentang hal ini sejak dari kecil. Apa yang saya nak sampaikan adalah, Mulakan lah perjalanan mencari sesuatu ilmu dengan membaca.. Itu sahaja. ^_^

Terima kasih. salam dari pantai timur.





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...