OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 30 May 2014

Jangan Bergurau Dengan Orang Yang Tak Pandai Bergurau

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

bergurau

Bukan semua orang kita boleh bergurau. Ada banyak orang yang boleh menerima gurauan, tetapi ada juga sebahagian yang tidak boleh menerima gurauan. Bergurau ini adalah untuk berseronok dan bermesra dengan keluarga mahupun kawan-kawan. Tetapi kalau tersilap tempat, masa dan orang.. Perkataan "bermesra" tu boleh bertukar menjadi "bermusuh".

Jadi berguraulah secara berpada-pada.

Bergurau ni tak salah, malah Rasulullah juga pernah bergurau dengan para sahabat. Antara beberapa kisah rasulullah bergurau adalah:


Orang Tua Tidak Layak Masuk Syurga

Pada suatu hari datang seorang wanita tua menemui Rasulullah untuk meminta doa baginda supaya wanita tua itu boleh memasuki syurga. Baginda s.a.w bersabda:

“Wahai makcik!syurga tidak akan dimasuki oleh wanita tua sepertimu!”.

Jawapan Rasulullah itu membuatkan wanita tua itu menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Rasulullah menjelaskan kepada wanita tua dan para sahabat baginda bahawa syurga tidak akan dimasuki orang yang sudah tua kerana pada ketika itu manusia akan memasuki syurga dalam umur yang muda tidak kira sama ada ketika di dunia dia mati dalam usia tua atau muda.

Lelaki Badwi Bernama Zahir

Dalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir sering memberi hadiah kepada Nabi s.a.w. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w menyebabkan baginda menyayanginya.

Suatu hari ketika Rasulullah memeluk Zahir dari belakang di pasar madinah menyebabkannya terkejut dan terus menjerit:

”Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah bergurau dengan para sahabat yang berada dlam pasar Madinah dengan sabdanya yang bermaksud:

“Siapa yang mahu membeli hamba?”

Apabila Zahir menyedari bahawa Rasulullah s.a.w yang memeluknya, dia lantas bertanya:

“Wahai Rasulullah, adakah engkau mahu menjual aku? Aku bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya”.

Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau di sisi Allah adalah teramat mahal!!”

Begitulah serba sedikit cara Rasulullah s.a.w dalam bergurau. Jika dilihat gurauan baginda sentiasa berpaksikan kebenaran kerna sesungguhnya baginda selalu mengatakan yang benar sepanjang hayat baginda.

Begitulah gurauan baginda.. Setiap gurauannya mengandungi kebenaran bukannya kebatilan.

Source : Rujukan
Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...