OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 2 June 2014

Seminar Projek Sarjana Muda 2

Assalamuaalikum dan salam sejahtera..

Seminar Projek Sarjana Muda 2

Alhamdulillah, hari ini dah terlepas satu cabaran yang besar untuk tahun akhir di UTeM ini. Cabaran yang aku nyaris-nyaris terselamat ini adalah Seminar Projek Sarjana Muda 2. Projek sarjana muda 2 ni memang huru hara dari awal.

Last-last minit pula kena tukar tajuk.. Lagi lah huru-hara. Walaupun macam tu, aku terima sahaja apa yang berlaku kerana semua ini berpunca dari kelemahan diri aku sendiri. Satu perkara yang memang amat payah untuk aku ubah, iaitu "buat kerja last minit".

Pada pembaca sekalian, aku nak peringatkan.. Buat lah kerja tu awal-awal. Jangan tangguh-tangguh sampai date line. Nanti banyak masalah yang datang. Kualiti kerja pun jadi rendah. Jadi janganlah ikut perangai aku ini, terutamanya untuk diri aku sendiri.

Pasal seminar hari ini, bagi aku semuanya ok, berdasarkan hasil kerja aku satu sem ni. Semua yang datang aku tadah je. Yang penting masa jawab kena CONFIDENT. Yeah!! ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...