OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 4 June 2014

Spread The word ~ Lifebuoy Tree Of Life

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Lifebuoy Tree Of Life

Sedang aku mencari idea untuk update blog ini, aku tertonton satu iklan yang disebarkan di dalam Youtube. Iklan ini berkisar tentang Utari dan tingkah laku yang pelik pada sebatang pokok. Video iklan ini agak menarik kerana membuatkan aku tertanya-tanya, Apakah motif sebenar video ini?

Awalnya aku agak dia ni sudah tidak siuman, tapi apabila tonton sampai habis baru faham.. Apa yang aku faham??

Jom tonton dulu.. Nanti aku huraikan..


Disclaimer: 
"This film is based on inspiration from Indonesian folklore and is not intended as a fact-based representation of the region or its inhabitants. The purpose of the film is to dramatise Lifebuoy's efforts to Help a Child Reach 5 and to encourage people to recognise the positive effects of the simple act of washing hands with soap."

"Film ini terinspirasi dari cerita rakyat Indonesia dan tidak dimaksudkan untuk merepresentasikan keseluruhan region maupun penduduk. Tujuan film ini adalah untuk menvisualisasikan usaha Lifebuoy untuk Bantu Anak Capai Usia 5 Tahun, dan untuk mengajak masyarakat mengenali manfaat positif dari cuci tangan pakai sabun."

Cerita ini berkisar pasal kasih sayang, rindu, dan kehilangan seorang anak. Setiap tahun, 1.7 million kanak-kanak bawah umur umur 5 tahun mati kerana penyakit diarrhea dan pneumonia.

Diarrhea adalah cirit-birit hasil daripada jangkitan virus atau bakteria dan kadang-kadang hasil daripada keracunan makanan. Keadaan ini membuatkan pesakit kerap untuk pergi ke bilik air. Ia biasanya berlangsung selama beberapa hari dan selalunya hilang tanpa sebarang rawatan. Manakala, pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang boleh membuat diri sangat sakit. Penyakit ini menyebabkan batuk, demam, dan mempunyai masalah pernafasan.

Dengan izin Allah, Kematian kanak-kanak ini boleh dihindarkan dengan cara membasuh tangan menggunakan sabun. Oleh kerana itu, Lifebuoy telah mendekatkan diri mereka dengan 183 million orang untuk mengajar mereka tentang kesihatan dan memupuk tabiat mencuci dengan betul.

video ini amat digalakkan untuk dikongsi dalam laman sosial untuk pengetahuan semua orang. Harapnya usaha Lifebouy ini dapat membantu masyarakat yang susah didunia ini.

Link- helpachildreach5

Dengan sokongan, Millennium Villages dan The Unilever Foundation


Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...