OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 22 June 2014

Hingga Bertemu Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Berat hati ini tetapi rasanya aku tidak akan dapat menghidupkan blog ini seperti dulu lagi. Hari ini aku akan tinggalkan melaka dan mulakan hidup dalam alam perkerjaan pula. Segala salah dan silap harap dimaafkan dan sehingga kita bertemu lagi.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Wednesday, 11 June 2014

UNCERTAIN ABOUT BLOG FUTURE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..





Aku ada dalam 10 hari sahaja lagi sebelum meninggalkan bumi melaka ini. Sekarang ini aku risau pasal nasib blog infinity. Sebaik sahaja aku keluar dari rumah sewa ini, segala hubungan dengan dunia maya ini akan terputus.

Aku pun sekarang ni tak boleh nak katakan masa depan aku. Kemana hala tuju, dan apa cabaran yang akan aku lalui selepas ini? semua itu tak ada jawapannya.

Aku harap nanti, ada peluang untuk menghidupkan kembali blog yang kian sampai ke akhir hayatnya ini. Dengan izin Allah, semoga aku dapat meneruskan perkongsian di dalam blog ini pada masa hadapan.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Wednesday, 4 June 2014

Spread The word ~ Lifebuoy Tree Of Life

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Lifebuoy Tree Of Life

Sedang aku mencari idea untuk update blog ini, aku tertonton satu iklan yang disebarkan di dalam Youtube. Iklan ini berkisar tentang Utari dan tingkah laku yang pelik pada sebatang pokok. Video iklan ini agak menarik kerana membuatkan aku tertanya-tanya, Apakah motif sebenar video ini?

Awalnya aku agak dia ni sudah tidak siuman, tapi apabila tonton sampai habis baru faham.. Apa yang aku faham??

Jom tonton dulu.. Nanti aku huraikan..


Disclaimer: 
"This film is based on inspiration from Indonesian folklore and is not intended as a fact-based representation of the region or its inhabitants. The purpose of the film is to dramatise Lifebuoy's efforts to Help a Child Reach 5 and to encourage people to recognise the positive effects of the simple act of washing hands with soap."

"Film ini terinspirasi dari cerita rakyat Indonesia dan tidak dimaksudkan untuk merepresentasikan keseluruhan region maupun penduduk. Tujuan film ini adalah untuk menvisualisasikan usaha Lifebuoy untuk Bantu Anak Capai Usia 5 Tahun, dan untuk mengajak masyarakat mengenali manfaat positif dari cuci tangan pakai sabun."

Cerita ini berkisar pasal kasih sayang, rindu, dan kehilangan seorang anak. Setiap tahun, 1.7 million kanak-kanak bawah umur umur 5 tahun mati kerana penyakit diarrhea dan pneumonia.

Diarrhea adalah cirit-birit hasil daripada jangkitan virus atau bakteria dan kadang-kadang hasil daripada keracunan makanan. Keadaan ini membuatkan pesakit kerap untuk pergi ke bilik air. Ia biasanya berlangsung selama beberapa hari dan selalunya hilang tanpa sebarang rawatan. Manakala, pneumonia adalah jangkitan paru-paru yang boleh membuat diri sangat sakit. Penyakit ini menyebabkan batuk, demam, dan mempunyai masalah pernafasan.

Dengan izin Allah, Kematian kanak-kanak ini boleh dihindarkan dengan cara membasuh tangan menggunakan sabun. Oleh kerana itu, Lifebuoy telah mendekatkan diri mereka dengan 183 million orang untuk mengajar mereka tentang kesihatan dan memupuk tabiat mencuci dengan betul.

video ini amat digalakkan untuk dikongsi dalam laman sosial untuk pengetahuan semua orang. Harapnya usaha Lifebouy ini dapat membantu masyarakat yang susah didunia ini.

Link- helpachildreach5

Dengan sokongan, Millennium Villages dan The Unilever Foundation


Terima kasih.. salam dari pantai timur.

NOT EVERYONE SO LUCKY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

NOT EVERYONE SO LUCKY

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Terima kasih. salam dari pantai timur.

Monday, 2 June 2014

Seminar Projek Sarjana Muda 2

Assalamuaalikum dan salam sejahtera..

Seminar Projek Sarjana Muda 2

Alhamdulillah, hari ini dah terlepas satu cabaran yang besar untuk tahun akhir di UTeM ini. Cabaran yang aku nyaris-nyaris terselamat ini adalah Seminar Projek Sarjana Muda 2. Projek sarjana muda 2 ni memang huru hara dari awal.

Last-last minit pula kena tukar tajuk.. Lagi lah huru-hara. Walaupun macam tu, aku terima sahaja apa yang berlaku kerana semua ini berpunca dari kelemahan diri aku sendiri. Satu perkara yang memang amat payah untuk aku ubah, iaitu "buat kerja last minit".

Pada pembaca sekalian, aku nak peringatkan.. Buat lah kerja tu awal-awal. Jangan tangguh-tangguh sampai date line. Nanti banyak masalah yang datang. Kualiti kerja pun jadi rendah. Jadi janganlah ikut perangai aku ini, terutamanya untuk diri aku sendiri.

Pasal seminar hari ini, bagi aku semuanya ok, berdasarkan hasil kerja aku satu sem ni. Semua yang datang aku tadah je. Yang penting masa jawab kena CONFIDENT. Yeah!! ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Sunday, 1 June 2014

TRAVEL BLOGGER : MARK WIENS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Mark Wiens

Malam ini aku nak perkenalkan seorang blogger yang aku kagumi, namanya Mark Wiens. Dari mana aku kenal dia ni? hehe.. Aku kenal dia daripada youtube. Aku ni suka masak memasak. Semasa aku lihat video-video makanan di luar negara, aku terlintas pada video si Mark Wiens. Dia ni sebenarnya seorang travel blogger yang specialized dalam bidang makanan. Banyak video makanan yang dia tunjukkan, terutamanya makanan dari Thailand dan Hawaii. Yang buat aku tertarik pada dia ni adalah reaksinya semasa makan. Rasa keenakan makanan yang dia tunjukkan tu memang sampai kepada kita walaupun yang dia makan tu adalah "Pxxx".. HEHE. Pandai-pandai lah fikir perkataan tu.

Dibawah ini aku ada share video yang buatkan aku seronok menjadi seorang blogger. Tajuknya, How i make money while traveling the world?

Nak tahu jawapannya, sila layan video ini.




BLOG : migrationology.

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...